T10: TIPS KOMEDI

265 62 124
                                    

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Memandangkan hari ini saya tidak dilanda kesibukan kerja yang biasanya menuntut perhatian, maka di kesempatan waktu ini saya mengisi masa untuk menunaikan permintaan daripada Wattpaders keempat iaitu Syafia_Fasihah. 🤗

TIPS MEMBUAT GENRE KOMEDI

Wah, beratnya tajuk ini!

Sejujurnya, saya berasa tidak layak untuk memberikan tips ini kerana saya juga tidak tahu sejauh manakah babak komedi dalam cerita saya berjaya mencuit hati para pembaca dan membuatkan pembaca ketawa tidak ingat dunia.

Betul, saya tak tipu!

Pembaca kan ada pelbagai jenis. Ada yang mudah terhibur dan ada juga yang susah untuk tergeletek hatinya. Tak percaya? Sudah.

Baiklah tanpa membuang masa, di sini saya akan kongsikan lima tips yang saya selalu gunakan untuk membuat babak komedi di dalam cerita saya.

1) FIKIRKAN BABAK YANG MEMBUATKAN DIRI SENDIRI TERTAWA.

Sebelum membuatkan orang ketawa, adalah lebih baik kita tertawa terlebih dahulu. Sebelum menulis, cuba fikirkan adakah babak ini mampu menjadikan kita tertawa ataupun tidak.

Mohon ambil perhatian serius, tips nombor 1 ini merupakan perkara PALING PENTING dalam menulis genre komedi.

Sebagai contoh, kita mahu membuat babak Mak Limah bergaduh dengan Pak Mamat kerana jalan sempit.

"Hei, Limah. Ke tepilah sikit. Sudah tahu jalan ni sempit, boleh pula kau berlenggang kangkung di tengah jalan," marah Pak Mamat kepada Mak Limah yang sedang berjalan penuh gaya diva di tengah-tengah jalan.

"Eh kau Mamat. Dah tahu jalan sempit, yang kau bawa lembu siap sekali dengan anak lembu tu jalan-jalan ke sini sudah kenapa? Miring ke?" Mak Limah membalas balik amarah Pak Leman sambil mendengus kasar.

Pak Mamat dan ibu lembu yang diberi nama Janda Boo itu dipandang lagi dengan riak tidak berpuas hati. Dasar lembu, apa pandang-pandang? Nak gaduh?

2) MENGAMBIL TAHU HAL YANG BERLAKU DI SEKELILING.

Cakna akan hal yang berlaku dalam persekitaran merupakan salah satu penyumbang kepada idea untuk membuat babak komedi.

Cuba perhatikan perkara-perkara lucu yang berlaku di sekeliling dan olahkan perkara itu mengikut kreativiti anda berdasarkan tips nombor 1.

Sebagai contoh, kita mahu membuat babak perbualan manis antara suami isteri di mana dialek percakapan mereka sangatlah berbeza.

"Abang, tolong letakkan ayang dalam sinki kejap," pinta Mek Comel kepada suaminya, Pak Hensem.

Sayang bini katakan, terus saja Pak Hensem mencempung badan isterinya lalu berura-ura mahu meletakkan isterinya itu ke dalam sinki. Menjerit-jerit Mek Comel meminta Pak Hensem meletakkannya semula di lantai.

"Abang, ayang suruh letak ayang dalam sinki, bukannya letak ayang dalam sinki," rengek Mek Comel tidak berpuas hati.

"Abang tak faham la." Pak Hensem menggaru-garu kepala. Aneh sungguh isterinya ini!

"Abang ni. Hish susahlah cakap dengan orang KL. Abang sedarlah abang di Terengganu sekarang, cakaplah cara Terengganu. Ayang tu ayam, ayam tu ayang," bebel Mek Comel sambil menarik muncung sedepa. Acah merajuk, kononnya.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now