Assalamualaikum.
Apa khabar? Lama tak online di sini. Anda semua sihat?
Hari ini, saya ingin berbicara mengenai suatu perkara yang semakin lama jika dibiarkan, ia akan menjadi barah dalam penulisan. Yang salah dibetulkan, yang betul disalahkan.
PENUNGGANG AGAMA
Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali, suka saya tegaskan bahawa kepada para penulis, tulislah benda baik-baik kerana tulisan itu akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Nak berfantasi tak salah sebab lumrah kita suka berimaginasi. Nak escape daripada realiti yang sangat menyesakkan jiwa. Tak apa, tulislah. Tak salah.
Tapi, yang salahnya jika tulis benda yang bertentangan dengan hukum agama.
Antaranya ialah:
1) Lelaki dan perempuan ajnabi tinggal serumah sebelum berkahwin.
2) Seks sebelum nikah (berzina, merogol).
3) Berciuman/aksi mengghairahkan/perkara menimbulkan syahwat.
4) Membunuh orang/binatang dengan sengaja.
5) Minum arak.Ada banyak lagi contoh. Tapi, saya tulis 5 ini sahaja sebab saya ada jumpa hero/heroine yang membuat perkara terkutuk ini di Wattpad. Mereka diagung-agungkan, dinormalisasi dan dianggap hebat.
Contoh jalan cerita jenis ini yang saya pernah jumpa:
1) Lelaki dan perempuan solat berjemaah berdua di dalam satu bilik padahal dia orang bukan suami isteri, adik beradik atau orang yang haram dikahwini.
2) Malam berzina, esok paginya ajak solat Subuh berjemaah.
3) Perbuatan mengghairahkan (bercium/berpeluk/aksi mendatangkan syahwat) pada hampir setiap chapter buku.
4) Bunuh orang dengan sengaja seolah-olah nyawa itu tak berharga, tapi solat cukup 5 waktu.
5) Hero merogol heroine, heroine marah. Tapi lepas dipujuk rayu, heroine terkulai layu. Akhirnya, berzina dengan rela hati.Bila saya baca (kerana perlu menjadi juri dan reviewer), terkejut saya. Kalau non-muslim yang tulis, saya dapat terima kerana mereka tak tahu hukum Islam. Tapi, ini... muslim sendiri yang tulis. Yang lebih parah, si penulis ini bawah umur.
Astaghfirullahalazim. Saya terkedu.
Macam mana jika tulis hero/heroine yang buat benda haram itu berubah?
Boleh, tapi tak perlulah jelaskan secara detail macam mana watak itu merogol, bercium, berzina dan buat lain-lain perkara haram. Itu menulis sambil mengajar namanya. Rosak minda pembaca tambah-tambah kalau yang baca itu budak bawah umur atau yang masih belum berkahwin.
Kalau nak tulis dia berubah, tulislah watak itu taubat bersungguh-sungguh dan tak ulang dah benda tu. Tunjukkan dia betul-betul kembali ke jalan Islam. Apa usaha dia untuk lawan masa silamnya yang gelap. Macam mana dia nak hadapi cabaran berubah. Itu baru betul konsep tarbiah dan dakwah.
Serius cakap, matlamat tak menghalalkan cara. Kenapa menghalalkan benda haram tapi benda halal diharamkan?
Sebagai contoh, berzina, bersekedudukan lelaki perempuan tanpa ikatan sah dan merogol, itu benda HARAM. Kahwin lebih daripada satu, itu HALAL asalkan si lelaki boleh berlaku adil kepada isteri-isterinya.
Nota: Lelaki boleh kahwin empat.Jadi, buat para penulis sekalian, maafkan saya jika ada yang terasa. Sy cuma sampaikan kebenaran. Hal agama tak boleh dibuat main.
Sebagai Muslim, kita terikat dengan hukum-hakam Islam. Jangan sampai pembaca membuat perkara haram tersebut disebabkan terpengaruh dengan hasil tulisan kita. Nauzubillahiminzalik...
Tolong... tolong jangan jadi penunggang agama melalui penulisan. Ingat, kita bertanggunggjawab atas apa yang kita tulis.
Akhir kalam, jika anda rasa apa yang saya cakap ini salah, mohon datangkan dalil al-Quran dan hadis*. Tapi rasanya, dalam buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah pun ada cakap pasal benda haram ini. Boleh rujuk.
Edit: *Dalil al-Quran dan hadis bagi mereka yang cakap zina, arak, bunuh dengan sengaja tu dibolehkan dalam Islam.
Ini adalah pesanan buat diri sy sendiri dan anda para penulis. Tulislah perkara baik, semoga apa yang kita tulis menjadi pahala buat kita dan ilmu bermanfaat kepada para pembaca. ❤️
Sekian.
"Sama-sama muhasabah diri."
Angel_k20
Pemegang Master's of Al-Quran and Al-Sunnah Studies.___________
Perhatian:
Tulisan ini telah diteliti, ditapis dan disahkan kebenaran fakta agama oleh 3 orang pemegang sijil sarjana (master's) di UniSZA.
1) Siti Roslinda Yahaya - Master's of Usuluddin Studies.
2) Nurhidayah Ashar - Master's of Syariah Studies.
3) Hussein Mat Razali - Master's of Syariah Studies._______________
6 September 2021
8.00 malam
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...