Assalamualaikum dan hai semua.
Apa khabar? Minta maaf tau, sudah lama saya menyepikan diri daripada buku ini.
Rentetan daripada wawancara saya bersama akhbar Sinar Harian di slot GPS Bestari, saya berasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda semua titik tolak minat saya dalam penulisan kreatif.
Saya juga berasa ingin membuat perkongsian ini apabila salah seorang kawan saya ketika berada di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertanya kepada saya melalui WhatsApp pada petang tadi. Untuk makluman, kawan saya ini merupakan pelajar Master's di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Namun, sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah kepada saya baik di message board, status WhatsApp, Telegram dan semua media sosial saya. Saya terharu dan bersyukur. Alhamdulillah.
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
Ngẫu nhiênTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...