Assalamualaikum dan hai kepada semua.
Sebelum ini, saya telah memberikan nota tanda baca. Kali ini, saya akan tunjukkan pula nota penanda dialog memandangkan ramai di antara kalian masih belum menguasai teknik ini.
Tahukah anda apa itu penanda dialog?
Ia merupakan tanda yang menunjukkan berlaku perbualan antara watak.
Contoh:
"Mak Jemah nampak ayu hari ini," puji Kalsom kepada Mak Jemah.
"Kamu pun apa kurangnya, Som," balas Mak Jemah seraya ketawa terkekek-kekek.
Apakah komponen yang selalu digunakan bagi menunjukkan dialog?
1) Tanda petik ("")
2) Tanda soal (?)
3) Tanda seru (!)
4) Koma (,)
5) Noktah (.)
6) Elipsis (...)Hukum penggunaan penanda dialog.
Ayat perbualan mesti ditulis dalam tanda petik atau disebut sebagai pengikat kata.
Sebelum tutup pengikat kata, anda wajib menggunakan mana-mana tanda seru, soal, koma, noktah atau elipsis. Namun, ia ada hukum tersendiri.
Kalau anda mahu menggunakan koma, tanda seru, tanda soal, dan elipsis, guna kata kerja selepas pengikat kata. Mulakan dengan huruf kecil.
Contoh:
- "Saya tak nak kawan dengan awak," kata Ani.
- "Awak tak nak kawan dengan saya?" tanya Ani.
- "Saya tak nak kawan dengan awak!" bentak Ani.
- "Saya tak nak kawan dengan awak..." ujar Ani.Jika anda mahu menggunakan noktah, pastikan anda menggunakan ayat naratif selepas pengikat kata. Mulakan dengan huruf besar.
Contoh:
- "Saya tak nak kawan dengan awak." Ani berkata kepada Abu.
- "Saya tak nak kawan dengan awak." Dia berkata kepada Abu.Bagaimana pula dengan tanda koma, seru, soal dan noktah selepas elipsis?
Boleh guna.
Peraturannya juga sama seperti di atas. Cuma bezanya, tanda tersebut perlu dijarakkan daripada elipsis. Tapi, jika anda tidak mahu menjarakkannya pun, tidak mengapa.
Tanda soal, tanya dan koma selepas elipsis- wajib guna kata kerja. Mulakan dengan huruf kecil.
Contoh:
- "Saya tak nak kawan dengan awak... ," kata Ani.
- "Saya tak nak kawan dengan awak...," kata Ani.- "Awak tak nak kawan dengan saya... ?" tanya Ani.
- "Awak tak nak kawan dengan saya...?" tanya Ani.- "Saya tak nak kawan dengan awak... !" bentak Ani.
- "Saya tak nak kawan dengan awak...!" bentak Ani.Noktah selepas elipsis- wajib guna ayat naratif. Mulakan dengan huruf besar.
Contoh:
- "Saya tak nak kawan dengan awak... ." Ani berkata kepada Abu.
- "Saya tak nak kawan dengan awak...." Ani berkata kepada Abu.- "Saya tak nak kawan dengan awak... ." Dia berkata kepada Abu.
- "Saya tak nak kawan dengan awak...." Dia berkata kepada Abu.Rumusan
1) Jika guna tanda koma, seru, soal dan elipsis, ia menunjukkan perbualan masih berlaku. Perkara ini juga terpakai kepada tanda koma, seru, dan soal selepas tanda elipsis dalam pengikat kata.
2) Jika guna tanda noktah, ia menunjukkan perbualan telah pun tamat. Gunakan ayat naratif selepas tutup pengikat kata. Perkara ini juga terpakai kepada tanda noktah selepas elipses dalam pengikat kata.
Baiklah. Itu sahaja untuk kali ini. Jika ada apa-apa persoalan, boleh tanya.
Terima kasih.
Sekian.
Ps: Jika anda pakar dalam BM dan saya ada buat kesalahan dalam nota, mohon beritahu. Kita bincang secara ilmiah.
Ps: Terima kasih kepada IkaSyafiqah1 yang sudi berbincang dengan saya berkenaan nota ini.
- Angel masih lagi terjatuh ketika cuba terbang.
29 Ogos 2021
6.00 petang.
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...