Assalamualaikum.
Ini ada sedikit perkongsian tips penulisan daripada saya Angel_k20.
Sama seperti topik T11: Genre Thriller tempoh hari, topik petang ini juga adalah nota saya untuk Wattpaders di group WhatsApp.
Daripada dibiarkan kekal di sana, saya berpendapat bahawa adalah lebih baik jika dimasukkan ke sini buat tatapan anda semua.
Sharing is caring, right?
Baiklah, topik yang ingin ditunjukkan di sini adalah:
PERIBAHASA
Ada pembaca dan penulis bertanya kepada saya, macam mana saya boleh meletakkan banyak peribahasa dan perumpamaan dalam cerita saya?
Di dalam buku Dia... Aariz Iktizar dan Code Name: Ryzen, dua buah buku ini boleh dikatakan mengandungi 20% hingga 30% peribahasa dan perumpamaan.
Bagi saya, agak seronok sebenarnya bermain dengan bahasa. Ya, bahasa Melayu kita ini sangat indah dan mempunyai nilainya yang tersendiri.
Warisan bahasa peninggalan nenek moyang kita ini amat bernilai dan penuh dengan kesenian. Jika kita sendiri tidak memartabatkan bahasa Melayu, siapa lagi?
Cara Menulis Ayat Berperibahasa.
Baiklah, di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua caranya. Mungkin ada yang sudah tahu tetapi tidak mengapalah, anggaplah ini sebagai nota.
Bagi yang belum tahu, anggaplah tips ini sebagai pengetahuan am. 😚
1) Sebelum menulis ayat, cuba cari peribahasa yang lebih kurang sama maksud dengan ayat yang ingin ditulis.
Contoh ayat mahu ditulis:
Ketika itu, memanglah Rei rajin untuk membantu tetapi disebabkan Kai pula yang tiba-tiba menjadi malas, maka pelan mereka hari itu tidak menjadi.
2) Di sini, ada dua simpulan bahasa yang boleh menggantikan perkataan 'rajin' dan 'malas'.
- Ringan tulang maksudnya rajin.
- Berat tulang maksudnya malas.3) Jadi, gantikanlah tempat 'rajin' dan 'malas' itu dengan simpulan bahasa.
Ayat selepas ditukar kepada simpulan bahasa:
Ketika itu, memanglah Rei ringan tulang untuk membantu tetapi disebabkan Kai pula yang tiba-tiba nenjadi berat tulang, maka pelan mereka hari itu tidak menjadi.
Senang kan?
Cara ini terpakai kepada semua peribahasa. Namun, ia juga bergantung kepada konteks dan kesesuaian ayat.
Apa yang penting, rajin-rajinlah menggunakan peribahasa dalam penulisan 😘
Baiklah setakat ini sajalah tips ringkas petang ini. Semoga bermanfaat.
Love,
Angel_k20.
________________
21 January 2021
6.10 petang.
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...