Assalamualaikum/hai.
Setelah sekian lama tak menulis tips, hari ini saya kembali lagi dengan tajuk baharu iaitu Sinopsis versus Blurb.
Apa itu sinopsis?
Apa itu blurb?
Ramai yang keliru perbezaan antara sinopsis dan blurb. Malah, ramai yang ingat sinopsis sama dengan blurb.
Jom telusuri perbezaannya!
Nak tahu cara buat sinopsis atau blurb, kenalah tahu bezanya terlebih dahulu.
Faham tak?
Jelas kan bezanya di situ? Mudah aje!
Okey, jom saya tunjuk pula contoh sinopsis dan blurb.
Contoh ini diambil daripada karya kolaborasi saya bersama lima orang penulis lain bertajuk: Amarah Sang Pewaris.
Buku ini boleh dibaca di akaun saya yang satu lagi iaitu hafzh92 Dah complete pun ❤️
Ingatlah bahawa dalam mana-mana novel sekalipun, janganlah tulis sinopsis ya kalau tak nak buku anda kurang view. Sebab apa? Orang dah tahu ending. 😭
Jadi, tulislah BLURB. Ulang sekali lagi, BLURB!
Tapi ... tapi tapi tapi !!!
Kalau novel itu anda mahu hantar kepada penerbit (untuk dinilai bagi tujuan penerbitan), wajib kamu bagi SINOPSIS. Sinopsis keseluruhan novel atau sinopsis berdasarkan bab (sila tanya penerbit dia orang nak tengok yang mana satu).
Jangan pula pandai-pandai hantar blurb ya kecuali penerbit sendiri yang suruh hantar blurb. Okey?
Baiklah setakat itu sahaja entri Kali ini. Insya-Allah saya akan berkongsi lagi tips pada lain waktu.
Bye2 ❤️
Angel_k20
Okey. Jadi, antara sinopsis dan blurb, anda lebih suka yang mana?
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...