T24: TANDA BACA

203 39 57
                                    

Assalamualaikum/hai dan salam Jumaat.

Hari ini, saya nak beri nota tatabahasa. Harapnya, anda semua mendapat manfaat.

TANDA BACA

Untuk kali ini, saya akan kupaskan lapan tanda sahaja iaitu tanda petik, koma, koma bertitik, noktah, noktah bertindih, tanda soal, tanda seru, dan sempang/sengkang.

1) TANDA PETIK

Terbahagi kepada dua tanda iaitu:

a) Tanda petik (" ")

Digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah.

Contoh:
- "Hai," tegur Amir.
- Dadah itu dalam kumpulan "Opiods".
- Rencana tadi disebut "National Geographic".

b) Tanda petik tunggal (' ')

Digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (" ").

Contoh:
"Amboi, Kyeo. Sejak jadi 'novelis negara', kau semakin sibuk," perli Sara.

⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️

2) KOMA ( , )

Digunakan sebagai:

a) Unsur pemisah.

Contoh:
Hari ini, Kyeo kelihatan sangat cantik.

b) Unsur yang mengapit keterangan subjek, predikat atau objek.

Contoh:
100 orang peminat, termasuklah 10 orang lelaki, telah menyertai acara fan meeting itu.

c) Mewujudkan perkataan yang telah dihilangkan.

Contoh:
Amir suka air kopi. Kyeo, air Milo.

⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️

3) KOMA BERTITIK ( ; )

Digunakan untuk:

a) Memisahkan dua atau beberapa klausa dalam satu ayat.

Contoh:
- Malam semakin larut; kerja masih banyak.
- Malam semakin larut; kerja masih banyak; kantuk kian menyerang.

b) Memisahkan klausa induk daripada klausa atau frasa yang bermula dengan kata hubung.

Contoh:
- Amir bukan sahaja kacak; malah bergaya.
- Antara Kyeo dan Mina; Kyeo lagi tenang.

c) Memisahkan klausa bersiri yang berlainan maklumat dalam satu ayat lengkap.

Contoh:
Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diminta bersabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.

Nota penting:
Selepas koma bertitik, huruf di pangkal kata hendaklah ditulis dengan huruf kecil.

⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️⏺️

4) NOKTAH ( . )

Digunakan pada akhir setiap ayat yang lengkap.

Contoh:
Amir selalu ada untuk Kyeo.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now