Assalamualaikum dan hai.
Apa khabar? Sihat?
Saya tak. Mental saya kurang sihat untuk kembali mengarang. Jadi, saya ambil keputusan untuk hiatus tulis novel kejap untuk beberapa hari.
Maka... di sini saya memunculkan diri.
Anda semua rindukan celoteh saya tak? (Baca: Perasaannya lahai... 😂)
Baiklah tanpa buang masa, saya nak kupas sikit topik yang dah lama terbengkalai. Saya minta maaf ya requester, huhu.
Nota: Celoteh kali ni sangat santai. Saya juga mungkin akan juga shortform untuk jimatkan masa.
SHOW, DON'T TELL
Tunjukkan, jangan sekadar beritahu.
Terangkan, jangan sekadar tulis.
Ya, inilah dia maksud show, don't tell.
Ia adalah teknik penulisan yang membolehkan pembaca merasai pengalaman pembacaan dan tenggelam dalam lautan aksara melalui tulisan yang ditulis oleh penulis.
Jelas tak?
Secara mudahnya, penulis perlu menerangkan dengan terperinci sesuatu babak bagi membolehkan pembaca menghayati setiap patah perkataan yang ditulis. Seterusnya, membolehkan mereka membayangkan setiap perkara yang berlaku di dalam babak tersebut.
Tak jelas lagi?
Sebagai contoh, penulis nak cakap yang hero ni handsome tapi itulah, nasibnya selalu malang. Tiap-tiap hari, mesti ada-ada saja perkara buruk berlaku kepada dia. Paling senang, jatuh tangga.
Jadi...
Jangan sekadar tulis je. Tunjukkan yang hero ni handsome tapi bernasib malang.
Nak tahu beza tell dan show?
Tell: Ahmad seorang yang handsome. Tiap-tiap hari, mesti dia dapat nasib malang seperti jatuh tangga.
Show: Ahmad, auranya sangat kuat. Dirinya yang mempunyai senyuman menawan mampu membuatkan para gadis bersinar biji mata apabila melihatnya. Namun, sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya. Dalam kacaknya Ahmad di mata para gadis, ada juga sifatnya yang membuatkan orang jatuh kasihan. Ya, dia bernasib malang. Setiap hari, ada-ada saja perkara buruk yang menimpanya. Jika tidak terjatuh tangga, tersepak pasu. Kasihan sungguh jejaka berkaca mata ini.
Jadi guys, nampak tak perbezaannya di situ? Itulah yang dimaksudkan dengan show, don't tell.
Anda sebagai penulis, anda perlu terangkan (describe) dengan terperinci (detail) setiap perkara yang berlaku supaya pembaca faham dan dapat bayang setiap babak yang ditulis.
Saya harap anda faham.
Baiklah, setakat itu sahaja untuk kali ini. Pendek kan? Okeylah tu. Kalau tak faham juga, ajukan di ruangan komen. Insya-Allah saya reply.
Bye2 ❤️
-Angel patah sayap.
24 Ogos 2021
8.10 malam.
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...