T6: WRITER BLOCK 2.0

346 100 158
                                    

Assalamualaikum dan hai gais. Bertemu lagi kita dalam coretan seorang Angel yang sedang dalam kebosanan.

Topik kita hari ini ialah:

WRITER BLOCK 2.0.

1) Bukankah sudah ada topik Writer Block sebelum ini?
- Jawapannya, ya sudah ada.

2) Habis, kenapa tulis lagi topik yang sama?
- Kerana kupasan dalam entri kali ini lebih mendalam dan mungkin sesuai untuk mereka yang sedang mengalami Writer Block tahap tinggi.

"Kak Ilham Hafizah, saya nak tips untuk mengatasi Writer Block 2.0 😢" - Wattpader.

Umum mengetahui bahawa pada 2 Disember 2020 yang lepas, sy membuat pengumuman rasmi bahawasanya saya akan hiatus sehinggalah tahap motivasi dalam diri saya kembali pulih seperti sediakala.

Namun, pada 3 Disember 2020, tiba-tiba warga Wattpad menyaksikan kembalinya seorang Angel_k20 di medan penulisan ini dengan mengatakan: "Saya dah okey".

Terkejut bukan?

Cepat betul saya dapat mengembalikan tahap motivasi saya yang telah merundum jatuh, kepada tahap motivasi yang paling optimum dalam masa satu hari sahaja.

Apa sebenarnya berlaku kepada saya?

Says mengalami writer block yang agak teruk di mana ia hampir menjurus ke arah kemurungan. Secara luaran, saya nampak gembira namun di dalam jiwa, terselit satu rasa sedih, tak guna, tak senang, malas, dan lain-lain lagi perasaan negatif.

Apa yang menjadi punca kepada terjadinya perkara itu?

Saya mengalami tekanan kerja. Dengan kerja yang bertimbun di mana deadline sentiasa menghambat, ditambah pula dengan kerja saya melibatkan penulisan akademik, segala-galanya melelahkan otak dan jiwa saya.

Selalunya, cara saya melepaskan tekanan tersebut ialah dengan menulis cerita. Setiap hari, saya akan sedaya upaya meluangkan masa untuk cerita-cerita saya walaupun sedikit.

Namun begitu, tekanan kerja yang terlampau kuat pada tempoh hari berjaya mengalahkan sifat cool dan tenang yang sentiasa ada dalam diri saya. Dua minggu saya berjuang melawan perasaan itu, namun tetap saja ia menatijahkan tersungkurnya seorang Angel_k20.

Dengan kalahnya sifat itu, maka saya kehilangan 100% motivasi dalam diri untuk menulis cerita ataupun membaca cerita rakan-rakan Wattpaders.

Disebabkan itulah, saya berasa tidak berguna dan bersalah kepada para pembaca cerita saya yang sentiasa menunggu saya memuat naik bab baru.

Tetapi itulah, saya tiada kekuatan untuk melawan writer block itu sehinggalah ada seorang hamba Allah SWT berkata lebih kurang begini maksudnya kepada saya:

Kemahuan untuk berubah itu datangnya daripada diri sendiri. Nak jadi hebat, belajarlah untuk mengawal diri sendiri. Kemahuan daripada diri sendiri itulah yang dapat mengubah nasib diri.

Kata-kata wanita itu bagaikan magik yang terus meresap ke dalam hati saya. Di saat itu juga, saya termenung dan menghadam semula bait-bait katanya di samping bisikan hati sendiri terus menerus mengetuk ruang fikiran.

Akan sampai bilakah aku harus menjadi begini? Persoalan inilah yang sentiasa berlegar-legar di dalam fikiran saya sebelum mengambil keputusan drastik untuk cuba berubah.

"Sebahagian besar daripada sifat dan perangai yang ada dalam semua watak hero dan heroin dalam cerita kau merupakan diri kau yang sebenar. Takkan kau nak menjadi lembik? Itu bukan kau. Kaulah hero, kaulah heroin. Kau adalah mereka." - Diri Saya Sendiri.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now