T14: TIPS VIDEO TRAILER

236 54 62
                                    

Assalamualaikum semua.

Malam ini, saya ada perkongsian ringkas kepada anda semua iaitu:

TIPS MEMBUAT VIDEO TRAILER GAYA MOVIE.

Wah, kenapa gempak sangat bunyinya?

Sebenarnya, banyak video trailer yang saya jumpa untuk novel Wattpad ini lebih kurang macam opening drama, iaitu pengenalan kepada watak-watak.

Namun, jarang sekali saya menjumpai video yang memaparkan babak di dalam novel itu sendiri. Dari situ, saya mulai terfikir kenapa tidak dibuat sedikit kelainan dengan menjadikannya seperti trailer movie?

Bagi novel bergenre aksi thriller, menulis babak berlawan adalah sangat memenatkan mental penulis dan pembaca. Jadi, kenapa tidak saya visualkan aksi tersebut sebagai 'persegaran' kepada minda pembaca buku saya?

Inilah perkara yang bermain-main di fikiran sebelum Saya memutuskan untuk membuat video trailer bagi dua novel saya iaitu CODE NAME: RYZEN dan FEI YANG.

🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽🔽

Video Trailer -
HELLO, ABANG BODYGUARD!

Video Trailer -
CODE NAME: RYZEN

Video Trailer -
FEI YANG

🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼🔼

Skil editing saya bagi video trailer ini tidaklah segempak editor lain, tetapi inilah cara saya dalam membuat video bagi novel-novel saya.

Anda masih berminat untuk tahu caranya? Mohon baca sampai habis.

1) Kenal pasti babak yang ingin dijadikan trailer.

Di dalam buku anda, sudah tentu ada babak-babak yang boleh dikatakan 'power' kalau dibuat video. Maka, pilihlah babak tersebut dan rangkalah perjalanan cerita video trailer anda sebaik mungkin.

Contoh: Babak Fei bergaduh dengan gengster.

2) Pilih video yang paling hampir dengan babak di dalam novel.

Di YouTube, terdapat beribu-ribu video babak berlawan. Cuma saja, anda perlu mengenal pasti video manakah yang sesuai untuk diambil dengan mengambil kira kriteria di bawah:

- Watak di dalam video itu sesuai atau tidak untuk dijadikan cast novel?
- Latar tempat di dalam video itu lebih kurang sama ke tidak dengan latar tempat dalam novel?
- Latar masa juga diambil kira bagi menunjukkan waktu berlakunya babak tersebut.

3) Edit video tersebut di dalam mana-mana video software.

Setelah anda sudah mendapat video yang dikehendaki, anda bolehlah memulakan proses pengeditan video tersebut. Apa yang penting, kesabaran dalam mengedit adalah menjadi keutamaan.

Dengan menggunakan fungsi Split (pisah), Cut (potong), Mute (senyap), dan ditambah sedikit dengan Effect (kesan), Text (tulisan) dan Sound (bunyi), anda sudah boleh menghasilkan video seperti movie trailer.

Saya menggunakan video editing software WONDERSHARE FILMORA. Bagi yang tidak mempunyai software ini, anda boleh menggunakan software ataupun aplikasi lain seperti Power Director, InShot, KinMaster, Sony Vegas dan lain-lain lagi.

Mudah saja kan?

Oh ya, ajaran ini hanyalah sebagai ilmu tambahan kepada anda. Saya berharap semoga anda tidak menyalahgunakan ajaran ini untuk mengedit video bukan-bukan.

Baiklah, inilah sedikit sebanyak tips yang saya boleh kongsikan malam ini kepada anda semua. Semoga bermanfaat.

Love,
Angel_k20.

________________
13 January 2021
11 malam.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now