Assalamualaikum semua.
Bersiaran lagi kita bersama saya, Angel_k20.
Untuk hari ini, saya ingin menunaikan permintaan daripada Wattpader ainqalbi yang meminta saya memberikan pandangan terhadap topik yang boleh dikatakan hangat dan menjadi kesukaan ramai iaitu:
KAHWIN MUDA
Sebenarnya, saya terpaksa mengambil masa yang sangat lama untuk meneliti, membuat kajian dan merangka poin seterusnya menyusun ayat agar topik kali ini dapat dihuraikan dengan jelas.
Baiklah tanpa membuang masa, jom bersama saya menelusuri perbincangan kita pada hari ini.
Apa Itu Kahwin Muda?
Pasangan yang berkahwin di bawah usia 21 tahun atau lebih tepatnya berumur antara 15 hingga 21 tahun (Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin, 2011).
Apakah Kelebihan Berkahwin Muda?
Bagi pasangan yang sudah bersedia untuk berkahwin, eloklah dipercepatkan urusan pernikahan tersebut. Di bawah adalah beberapa kelebihan yang diperoleh jika berkahwin di usia muda:
1) Menundukkan pandangan serta menjaga diri daripada terlibat dalam pergaulan bebas.
Apabila berkahwin, maka seseorang lelaki dan perempuan yang berada dalam fasa percintaan telah sah menjadi suami isteri. Maka, pasangan ini sudah berada dalam perhubungan yang halal. Oleh itu, ia dapat mengelakkan pasangan ini terlanjur sebelum berkahwin sekali gus mengurangkan kes pengguguran janin dan pembuangan bayi.
2) Mengajar diri untuk lebih bertanggunggjawab dan berfikiran matang.
Perkahwinan mengajar seseorang untuk menjadi seorang yang lebih tanggungjawab terhadap keluarga kecil yang dibinanya. Bermula dengan hidup berdua sebagai suami isteri, kehidupan biasanya akan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.
Di sini, setiap pasangan akan menempuh fasa kesusahan dan kesenangan bersama. Secara tidak langsung, ia akan mengajar pasangan tersebut untuk berfikiran lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan serta penyelesaian masalah.
3) Menimbulkan ketenangan jiwa.
Hidup berumahtangga ada pasang surutnya. Di saat bahagia menjengah, kebahagiaan tersebut tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Orang kata, mendapat sakinah mawaddah warahmah (ketenangan, cinta dan kasih sayang). Namun, di saat kesedihan melanda, macam mana pula?
Di sinilah kelebihannya berkahwin muda. Dengan berkahwin, seseorang itu ada tempat untuk meluahkan rasa dan menghiburkan diri. Dengan adanya pasangan yang boleh dijadikan tempat bersandar sekali gus teman rapat, ia dapat meredakan kegelisahan hati.
Itulah tiga poin utama kebaikan berkahwin di usia muda. Banyak lagi kelebihannya, tetapi mari kita lihat pula tiga kelemahan berkahwin muda.
Apakah Kelemahan Berkahwin Muda?
Berkahwin muda tidak salah malah digalakkan dalam Islam. Namun, sejauh manakah pasangan muda ini bersedia dalam melayari bahtera rumahtanggalah yang sentiasa menjadi kekangan besar dalam sesebuah perkahwinan di usia muda.
1) Kewangan tidak stabil
Rata-rata pasangan yang berkahwin di usia ini tidak mempunyai kewangan yang stabil. Jadi, ia semakin menjadi masalah apabila hadirnya cahaya mata dalam hidup mereka. Ini kerana, tekanan keperluan hidup zaman kini sangatlah mencabar.
“Secara majoriti, situasi kewangan keluarga buat golongan ini masih dalam keadaan tidak stabil,” kata Mohammad Shatar Sabran, naib canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada FMT (Free Malaysian Today - Portal).
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...