Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.
Hari ini, saya ada satu lagi topik ringkas untuk dibicarakan iaitu:
OKEY KE LETAK CAST DALAM NOVEL?
1) Apa itu Cast bagi Novel?
Menjadikan seseorang sebagai model bagi watak di dalam novel. Kebiasaannya, penulis meletakkan pelakon, penyanyi, model atau sesiapa sahaja yang disukainya sebagai cast untuk watak novelnya.
Sebagai contoh, saya memilih Rainco Xiao untuk memegang watak Fei Yang.
2) Beza Cast Drama dan Novel.
Kalau drama, penonton boleh memilih untuk menonton atau tidak drama tersebut berdasarkan pilihan pelakon yang disukai. Berkenan dengan pelakon? Tonton. Tak berkenan? Tak payah tonton. Mudah.
Tapi, kalau novel?
Ia memerlukan pembaca untuk berimaginasi sendiri akan wajah bagi watak-watak di dalam sesuatu novel. Tiada rupa yang khusus dilakarkan kecuali jika tercetak atau diletakkan di kulit buku sahaja.
3) Cabaran Meletakkan Cast.
Pada mulanya, saya berasa takut untuk meletakkan cast bagi novel-novel saya. Ini kerana, saya risau akan penerimaan pembaca terhadap cast yang dipilih.
Serius, saya gementar. Kerana itu, banyak perkara yang saya fikirkan sebelum mengambil keputusan untuk menunjukkan rupa watak bayangan saya kepada pembaca.
- Macam mana kalau pembaca tak suka cast pilihan itu?
- Adakah jumlah bacaan novel saya akan menurun?
- Adakah saya akan dikecam jika cast pilihan tidak menepati 'taste' pembaca?Jika pembaca berkenan dengan cast tersebut, okeylah dia orang akan meneruskan pembacaan. Namun, jika tidak berkenan? Berhenti terus, barangkali.
Inilah perkara yang menjadikan saya agak takut untuk memuat naik senarai cast saya. Tambah lagi, jika cast tersebut ditunjukkan kepada pembaca di pertengahan bab. Aduh, semakinlah takut!
4) Salahkah Penulis Meletakkan Cast?
Tak salah, kerana itu adalah hak seseorang penulis itu sendiri. Penulis berhak berangan dan memilih sesiapa sahaja yang disukai untuk dijadikan model watak.
Sebenarnya, menjadikan seseorang sebagai model lebih memudahkan seseorang penulis untuk berimaginasi dengan lebih mendalam bagi karya mereka.
Bagaikan seseorang itu ada di hadapan mata, kan lebih mudah untuk ditulis?
Bagi saya, lebih senang untuk menulis babak sambil membayangkan gerak laku seseorang berbanding dengan menulis tanpa model.
Saya dah cuba buat tanpa membayangkan siapa-siapa, agak murung di situ. Mampu bertabahlah sajalah...
5) Apa Perlu Buat Jika Pembaca Tidak Sukakan Cast.
Ramai penulis yang berada di dalam dilema sama ada ingin menunjukkan cast ataupun tidak. Diluah mati emak, ditelan mati bapa.
Penulis: berhak membayangkan cast pilihannya.
Pembaca: juga berhak berangankan rupa watak-watak kesukaan mereka.
Citarasa ataupun taste setiap orang adalah tidak sama, tetapi tidak salah kalau kita saling berharmoni dengan menghormati pilihan masing-masing.
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...