T12: ATUR WAKTU

179 54 85
                                    

Assalamualaikum semua.

Menulisnya saya di sini ingin memenuhi pertanyaan daripada Wattpader mengenai cara saya menguruskan waktu sehingga dapat update cerita setiap hari.

BAGAIMANA MENGURUSKAN WAKTU.

Sejujurnya, saya tidak ada tips khusus yang boleh dikongsikan kepada anda semua berkenaan hal ini. Cuma, mungkin cara saya dalam menguruskan masa sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1) Sentiasa Menulis di Waktu Terluang.

Setiap kali ada masa terluang atau senggang, cubalah menulis walaupun sedikit. Anda tidak perlu terlalu fokus pada kesalahan-kesalahan kecil seperti ejaan, tanda baca dan tatabahasa, tetapi fokuslah kepada jalan cerita.

Sebagai contoh, anda berada di dalam kelas tetapi cikgu ataupun pensyarah anda belum masuk. Jadi, gunakan masa terluang ini untuk menulis walaupun hanya satu patah perkataan.

Saya sentiasa menulis cerita saya dengan cara ini. Saya tulis saja sesuka hati tanpa memikirkan kesalahan setiap kali saya berehat sebentar daripada kerja, selepas Subuh, selepas Maghrib, dan bila-bila masa saja yang boleh dicelah.

2) Kurangkan Membuang Masa.

Buang masa yang dimaksudkan di sini adalah bercakap-cakap kosong, membuat perkara yang tidak bermanfaat, menonton TV atau melayan hiburan sehinggakan berjam-jam lamanya dan juga bermain permainan yang kurang berfaedah bagi diri sendiri.

Sejujurnya, masa saya banyak dipenuhi dengan bekerja, belajar, memasak, membuat kerja rumah, bermain kucing 🐈 dan Wattpad. Memandangkan saya boleh dikatakan introvert, tidak bersosial dengan orang ramai bukanlah menjadi masalah buat saya.

Percaya atau tidak, saya sudah lama tidak menonton TV. Lebih kurang tujuh bulan saya tidak melayan drama apatah lagi filem. Bukanlah saya tidak berminat, tetapi kesibukan itulah yang membuatkan saya tiada rasa untuk menonton.

Namun begitu, rekod tujuh bulan tidak menonton filem akhirnya pecah apabila pada suatu hari, adik lelaki saya memaksa saya agar menonton filem terbaru Jackie Chan. Berkali-kali dia memujuk saya agar menyertai ahli keluarga lain bersantai di depan TV, tetapi saya tidak mahu.

Akhirnya, dia bertindak menarik tangan saya lalu menolak saya ke ruang menonton. Annoying sangat! Namun begitu, dalam keadaan tidak rela itulah, tiba-tiba saya ternampak Yang Yang di dalam filem tersebut. Saya pun apa lagi, terus melekat depan TV.

Siapa Yang-Yang? Dia crush saya. Okey gurau.

Sebenarnya, saya sukakan lelaki Asian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebenarnya, saya sukakan lelaki Asian. Sebab itulah, saya suka menonton drama dan filem dari negara Asean seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Thailand. 🙈

3) Sentiasa Berfikir.

Perkara ketiga saya buat adalah sentiasa berfikir. Di mana-mana sahaja dan bila-bila masa pun, otak saya dilatih agar berfikir. Tidak kisah apa benda sekali pun, fikiran dan hati saya sentiasa berbicara dan berhujah sesama sendiri.

- Apa akan terjadi pada watak?
- Bila perkara sekian-sekian akan berlaku pada watak?
- Bagaimana mahu mencipta babak sekian-sekian?
- Watak mana akan muncul di dalam bab ini?
- Di mana latar pada setiap babak akan berlaku?
- Dan pelbagai lagi perkara berkaitan sama ada berkaitan novel, belajar, kerja, dan hal-hal lain.

Di sini, tiada setiap saat pun masa akan terisi dengan tanpa berfikir apa-apa. Otak hanya akan berhenti berfikir apabila saya terlena.

4) Membuat Perkara Yang Disukai.

Dalam sentiasa berfikir, rehat juga penting untuk kesihatan. Selepas saya down teruk tempoh hari, saya mula belajar untuk merehatkan diri daripada semua perkara yang melelahkan mental dan fizikal.

Kerana itulah, apabila saya berasa 'full', saya akan mengambil angin dengan meluangkan sedikit masa bersama kucing-kucing saya, memasak makanan kegemaran, bersenam, dan melihat alam sekitar.

Tetapi, bukankah itu akan mencuri sedikit masa yang diperuntukkan untuk menulis?

Sekejap, sabar dulu!

Tahukah anda bahawa mental yang sihat akan menghasilkan kerja yang berkualiti? Di sini, itulah pentingnya jiwa yang tenang dalam menghasilkan karya yang bernilai. Cubalah anda menulis ketika kondisi mental sedang tidak stabil. Percayalah, anda tidak dapat menulis dengan baik.

5) Memudahkan Kerja Orang Lain.

Kenapa poin nombor lima ini nampak seperti tidak ada kaitan dengan pengurusan masa? Bukan ke kalau kita bantu orang lain, masa kita akan habis dengan membantu orang?

Sabar ya semua... baca sampai habis.

Pernah dengar tak ayat:

"Kita mudahkan urusan orang, Allah memudahkan urusan kita. Buat dengan ikhlas, insya-Allah ganjaran daripada Allah itu lebih besar nilainya." - Petikan kata-kata.

Baiklah. Di sini, suka saya memberitahu kepada anda bahawa membantu orang yang memerlukan itu adalah satu bentuk pertolongan yang mana ianya akan memberikan ketenangan buat kita.

Betul, mungkin kita akan berasa 'kalut' dan 'susah hati' kerana kita sendiri pun ada kerja yang menghambat, kini bertambah pula dengan ada yang mahu meminta pertolongan kita.

Namun, sedarkah anda itu juga adalah latihan bagi kita untuk menguruskan masa dengan lebih efisien lagi pada masa akan datang?

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti, tetapi setidak-tidaknya kita tahu bagaimanakah cara untuk menguruskan masalah tersebut kerana kita sudah pun melaluinya sekarang.

Namun, mohon ambil maklum bahawa pertolongan yang dimaksudkan di sini hanyalah terpakai kepada PERTOLONGAN dalam PERKARA KEBAIKAN sahaja.

Takkan nak tolong orang yang meminta tolong supaya mencuri? Itu menempah dosa namanya. Perkara itu salah di sisi undang-undang dunia dan akhirat.

--------

Baiklah setakat itu sahaja perkongsian saya hari ini. Maaf azrihisyam jika coretan saya kali ini tidak membantu.

Apapun, semua yang baik itu daripada Allah SWT dan apa yang kurang baik itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Sehingga berjumpa lagi di lain masa. Sekian.

Love,
Angel_k20.
________________
11 January 2021
4 petang.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now