T3: WRITER BLOCK

548 158 181
                                    

Assalamualaikum dan selamat... pagi kot semua? Haha.

Okeylah, hari ini saya nak kupas topik yang boleh dikatakan hangat jugalah bagi penulis, iaitu:

WRITER BLOCK

Yes, benda alah nilah. Stuck betul bila tiba-tiba saja benda ni hinggap. Kan?

Apa Itu Writer Block?

Dari perspektif saya seorang Angel_k20, benda ini adalah sesuatu keadaan yg terjadi bila mana seseorang penulis itu ketiadaan idea, hilang punca, ataupun tak ada semangat nak menulis.

Kenapa saya cakap macam tu? Di bawah ini ialah penjelasannya.

1) Ketiadaan Idea.

Fikir punya la fikir tapi habuk pun tak ada. Bertapa di gunung, bersuluk di gua, mandi air bunga dan minum air rebusan buku sekalipun, tetap juga idea tak datang.

Stresnya lahai... bila tak ada idea. Idea ni, malu-malu pula nak menjengah. Haih.

2) Hilang Punca.

Guys, yang ni lagi haru. Seriously. Yalah, kita dah plan cantik plot apa semua, tapi akhirnya tak boleh tulis. Bukan sebab jari patah ke, tangan terseliuh ke, ataupun bahu tercabut ke tapi disebabkan kita jadi tak tahu nak buat apa atau tak tahu nak tulis macam mana.

- Eh, aku nak tulis benda ni sekian-sekian, tapi...
- Apa patut aku tulis eh?
- Kalau aku tulis macam ni, agak-agaknya jadi macam mana eh?

Guys, banyak sangat 'EH' dalam menulis, itu yang menjadikan kebanyakan daripada kita tiba-tiba saja hilang punca.

U know what?

Terlalu memikirkan APA AKAN JADI. Betullah benda tu sangat memainkan penting, tapi kan... bagi saya la... daripada korang asyik fikir eh, eh dan eh, kenapa tidak korang tulis dulu siap-siap cerita tu TANPA MEMIKIRKAN kesalahan?

3) Tak Ada Semangat Untuk Menulis.

Ya Allah, inilah halangan terbesar buat seorang penulis. Tak ada mood nak menulis. Ha. Ha. Ha. Aduh, sakitnya tuh di sini!

Macam mana nak menulis kalau tak ada semangat, ya tak? Tapi kan, bila difikirkan balik, benda ini berbalik pada poin pertama dan kedua tadi juga iaitu KETIADAAN IDEA dan HILANG PUNCA.

Yalah, bila korang tak ada idea ataupun hilang punca, maka biasanya korang akan patah semangat kot untuk menulis. Tak percaya? Sudah. 😂

Macam Mana Nak Atasi Writer Block?

Erm, sejujurnya, saya pun tak tahu. Sebab benda ni bergantung kepada kemampuan diri sendiri juga. Kalau penulis tu jenis kuat semangat, ya mungkin cepat saja writer block tu dapat diatasi. Namun, jika penulis tu sejenis yang susah nak kawal dirinya sendiri, lambatlah kot proses nak atasi masalah ni.

Apapun, di bawah ini adalah cadangan yang mungkin korang boleh ikut untuk mengatasi writer block:

1) Tengok pemandangan hijau atau benda hijau.

Kenapa mesti hijau, bukan warna lain? Guys, warna hijau ialah warna ketenangan dan penuh kelembutan. Tengoklah pokok-pokok yang diciptakan oleh Allah SWT ni. Indah kan? Damai saja bila melihatnya.

2) Baca buku, tengok movie atau drama.

Guys, baca atau tengok genre yang berkaitan dengan buku koranglah. Kalau korang tulis buku genre komedi, maka carilah yang bergenre komedi. Senang kan?

3) Bersenam atau beriadah merehatkan fikiran.

Jom, kita bermain. Lompat-lompat, jogging, atau apa-apa senamanlah yang korang suka buat. Kenapa? Sebabnya... dengan bersenam itulah kita dapat meregangkan otot-otot sekali gus menenangkan fikiran.

Tak percaya?

Cuba korang lompat-lompat, lepas tu menulis. Ada rasa tak perbezaan sebelum dan selepas melompat? Tapi yalah, setiap orang mempunyai tahap kebolehan badan yang berbeza. Mungkin, cara ni tak berkesan pada semua orang.

Angel Selalu Update Cerita, Angel Tak Pernah Kena Writer Block Ke?

Ya Allah, syukur alhamdulillah kalau tak pernah kena benda alah ni. Guys, saya tetap manusia biasa, sama macam korang semua. Ada kalanya saya down, sedih, marah, happy... sebagaimana perasan korang, begitulah perasaan saya.

Saya bukan malaikat ataupun bunian, maka sudah tentulah writer block ini pun singgah dalam hidup saya. Hanya saja, saya cuba mengatasi halangan tu dengan cara seperti yang saya tulis di atas tu.☝️

By the way, sebelum saya melabuhkan tirai motivasi yang tak berapa menjadi ni, suka saya tunjukkan kata-kata ni:

By the way, sebelum saya melabuhkan tirai motivasi yang tak berapa menjadi ni, suka saya tunjukkan kata-kata ni:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Korang tidak akan mampu untuk membuat keputusan jika korang takut pada kritikan."

Kritikan juga boleh menjadi faktor kepada writer block jika penulis tu terlalu memikirkan kritikan dan cuba buat yang terbaik. Guys, kritikan memang akan sentiasa mengiringi langkah kita, maka tugas kitalah untuk membuang yang keruh, ambil yang jernih. Jadi...

Pada hemat saya sebagai penulis, kita tak perlu ada rasa takut untuk menulis selagi mana apa yang kita tulis itu membawa kebaikan serta tidak menyimpang dari landasan Islam ya.

Jadi, bersikap terbukalah.

Okeylah setakat itu sahaja coretan saya, Angel_k20 malam ini. Apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan apa yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.

Selamat malam ❤️

Ps: Malam Jumaat ni, bacalah surah al-Kahfi dan Yaasin 😃

Love,
Angel_k20.

We support each other.

27/11/2020 | 1:40 pagi.

Tags: Your requested topic is here aoraxxsshn ❤️

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now