T23: REVIEW BUKU

184 49 66
                                    

Assalamualaikum dan hai semua.

Petang ini, bersua lagi bersama saya Angel_k20 dalam sesi penulisan ringkas bertajuk:

REVIEW BUKU

Sebenarnya, tajuk ini bukanlah request daripada sesiapa. Cuma, saya tertarik untuk menulis tajuk ini selepas memerhatikan luahan beberapa orang Wattpaders mengenai servis review buku di Wattpad.

Pertama sekali, suka saya ingatkan kepada anda semua bahawa entri ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi saya sahaja.

Untuk makluman, saya juga mempunyai buku review. Tapi, saya unpublish sekejap. Jadi, saya akan bercakap sebagai seorang reviewer dan juga sebagai orang yang di-review bukunya. 

Apa Itu Review Buku?

Ulasan buku di mana slot kritikan juga akan diselitkan sekali (jika ada).

Apakah Kepentingan Review Buku?

Seseorang penulis memerlukan review daripada pembaca sebagai maklumbalas terhadap buku yang ditulis. Melaluinya, ia juga membolehkan penulis:

1) Mengetahui kekuatan dan kelemahan buku yang ditulis.
2) Mempromosikan buku kepada pembaca lain.

Siapa Yang Layak Memberi Review?

Siapa-siapa saja sama ada dia adalah pembaca ataupun penulis.

Bagaimanakah Review Dilakukan?

Setiap orang, lain caranya menilai buku orang. Ada yang hanya sekadar menilai jalan cerita dan ada juga yang menilai lebih daripada itu. Namun, di Wattpad, antara perkara yang biasa dinilai adalah:

1) Tajuk
2) Blurb/Sinopsis
3) Jalan Cerita
4) Tatabahasa
5) Watak Perwatakan

Terdapat juga buku review yang menilai sesebuah cerita dengan tambahan Kulit Buku, Perasaan, dan lain-lain yang dirasakan perlu. Tetapi, ia amat jarang dilakukan.

Perlu atau Tidak Menghantar Buku untuk Di-review?

Lain penulis, lain pemikirannya. Bagi seseorang penulis yang berhasrat untuk serius dalam bidang penulisan, review merupakan sesuatu yang penting kepadanya. Sebaliknya, bagi mereka yang sekadar menulis untuk suka-suka, mereka tidak memerlukan review.

Jadi, persoalan tersebut kembali kepada anda. Anda serius atau tidak menulis buku? Jika serius, anda sangat digalakkan untuk menghantar karya anda untuk dibuat penilaian. Jika tidak, terpulang. Sentuh kepala, tanya fikiran. Okey ke tak okey hantar buku untuk di-review?

Apakah Persediaan Yang Perlu Dilakukan Untuk Menerima Review?

Sebagai seorang penulis, saya memahami perasaan rakan-rakan penulis setiap kali menghantar buku untuk di-review. Berdebar, resah dan takut, namun dalam masa yang sama teruja untuk mengetahui maklumbalas terhadap buku yang dikarang.

Di sini, adalah penting untuk penulis mempersiapkan diri dengan meneguhkan hati dan memperkuatkan perasaan masing-masing. Jangan takut, terima saja dengan hati terbuka. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Lagipun, dalam hidup ini, mana ada benda yang sempurna. Bahkan, penulis yang terkenal ataupun sudah menerbitkan buku pun, pasti ada kelemahan dalam buku mereka. Tak percaya? Cubalah baca.

Apakah Kelemahan Review Buku?

Setiap perkara yang dilakukan, pasti ada baik dan buruknya. Jika tadi saya berbicara memgenai kebaikan review, kini saya akan menyentuh pula perihal keburukan review.

1) Review Melemahkan Semangat Penulis.

Sejujurnya, sebagai seorang penulis, memang kita mendambakan karya kita dipuji oleh orang lain. Namun, nama lagi review. Dalam pujian, akan terselit juga kritikan.

Tidak dinafikan, ramai penulis takutkan kritikan. Tetapi, kritikan sebenarnya bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa karya tersebut mempunyai kelemahan.

2) Orang Yang Meng-review Tidak Mahir Dalam Bahasa.

Perkara ini menjadi satu masalah besar buat penulis lama atau baru yang sudah pun tahu selok belok hukum tatabahasa. Tapi, ia lagi menjadi masalah besar buat penulis baru yang sedang berjinak-jinak untuk menulis.

Penulis lama/baru mahir hukum tatabahasa:
Berasa sakit hati. Sudah kenapa buku yang sudah pun ditulis dengan hukum tatabahasa betul dikatakan 'salah' pula? Siap dibetulkan lagi dengan hukum tatabahasa yang salah (pada menurut hemat reviewer, ia adalah betul).

Contoh mudahnya macam ini.

Penulis tulis: "Wah, cantiknya jam itu!" ujar Salam.

Tapi, reviewer pergi betulkan: "Wah, cantiknya jam itu!" Ujar Salam.

Umum sedia maklum yang kata kerja selepas pengikat kata ("") di mana sebelumnya menggunakan tanda seru (!), koma (,), tanya (?) dan ellipses (...) perlu guna huruf kecil. Contoh:

1) "Tia, makanlah," ajak Ani. ✔️
2) "Tia, makanlah..." rayu Ani. ✔️
3) "Tia, makanlah!" paksa Ani. ✔️
4) "Tia, makan?" pelawa Ani. ✔️

Jadi, apa yang salahnya pada teks yang ditulis oleh penulis? Orang yang buat review itulah yang sebenarnya salah. 😪

Penulis baru:
Biasanya, penulis baru akan menerima bulat-bulat apa yang diajar. Baginya, itu adalah betul selagi mana tiada orang lain yang membetulkan/memberitahu salahnya di mana. Bayangkan jika reviewer ajar benda salah kepada penulis baru. Disaster, man...

3) Pen-review terlalu tegas

Banyak juga saya jumpa orang yang bagi review ini terlalu tegas dengan gaya penulisan. Nak tegas dengan hukum tanda baca dan tatabahasa, boleh. Tapi kalau terlalu tegas dengan gaya penulisan, boleh perang besar ooo dengan penulis.

Penulisan kreatif (novel, cerpen, puisi dll) tak seketat penulisan akademik/BM standard. Ia strict di tanda baca, tapi longgar di gaya penulisan. Kalau ikut sebiji-sebiji macam BM standard, bakulah jadinya novel anda.

Saya akui, penulisan saya memang baku masa awal-awal tulis novel. Tapi, selepas ditegur oleh beberapa orang reviewer yang bagus-bagus, saya ubah gaya penulisan supaya tak terlalu menjadi macam buku teks.

Contoh ayat:
Baku - Saya tidak mahu pergi ke sana.
Gaya bebas - Saya tak nak pergi ke sana.

Dalam penulisan kreatif, gaya bebas menjadi pilihan pembaca kerana ia lebih santai dan sedap dibaca. 😊

Jadi, buat reviewer, anda tak perlu terlalu tegas di gaya penulisan. Setiap penulis ada gaya mereka sendiri dan ia adalah unik.

Baiklah, rasanya setakat ini sahaja coretan kali ini. Sengaja saya tulis dengan gaya baku sebab topik ini adalah formal.

Saya minta maaf kalau entri ini menggores hati sesiapa. Sehingga berjumpa lagi.

Sekian.

Angel sedang cuba belajar terbang.
26 Ogos 2021
2.50 petang.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now