Assalamualaikum semua.
Kerana ada permintaan daripada rakan Wattpader supaya saya memuat naik cerpen pertama saya ketika berusia 18 tahun, maka hari ini saya penuhilah permintaan itu.
Tetapi, janganlah gelakkan saya. Saya tidak edit langsung cerpen ini. Sengaja saya malas mengeditnya untuk menunjukkan kepada anda semua bahawasanya dahulu, saya juga seperti anda.
Saya tidak pandai menulis. Ayat berterabur, tatabahasa salah, dan struktur bahasa tunggang langgang. Idea pun tidak logik.
Sebenarnya, sudah lama saya meninggalkan dunia penulisan kreatif ini sehinggalah PKP tempoh hari menarik saya kembali ke dunia ini.
Maka, saksikanlah wahai adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak semua akan hasil kerja saya 10 tahun yang lepas. Sekali lagi, jangan gelakkan saya. Saya malu.
TAJUK:
PUTERI SEJATI... PUTERA MENANTI!!
"Nis, aku pergi dulu. Bye!" Aku melambai ke arah Anis Sofea, satu-satunya teman baikku.
"Bye, kita jumpa esok." Dia turut membalasnya.
Aku meneruskan langkahku ke arah kedai buku di jalan seberang sambil mengerling jam tangan. "Alamak, dah lewat ni. Mesti mak tertunggu-tunggu kat rumah. Aku dah janji nak makan sama-sama, tapi buku ni lebih penting. Ah, pergi kedai dulu lah."
Aku membelek satu demi satu buku yang tersusun rapi di situ. "Ah, itu dia!" sebelum sempat aku mengambilnya, tiba-tiba seorang pemuda lebih pantas menarik buku itu.
"Hei!" Aku tak puas hati. "Awak, buku tu saya punya lah. Yang kau pergi ambik dulu apahal?" Aku bercekak pinggang. Muka? Tak payah cerita. Konfem dah lebih masam dari cuka.
"Ye ke? Tak da tulis pun buku ni awak punya. Nak kata awak beli pun, tak da pun cop kedai ni yang tunjukkan awak dah beli." Dia tersenyum sinis.
Aku meraup muka dengan tapak tangan kemudian memandang tepat ke mukanya. Dia pula, dengan selamba saja pergi membayar buku tu lalu keluar. Aku menarik nafas panjang. Mampus aku! "Itulah kau Erynna, bila hari pertama pensyarah suruh pergi beli, kau asyik tunda je sampailah dateline. Tengok, apa dah jadi? Alamat esok, jadi free show laa kau kat depan bilik kuliah. Padan muka!" Aku terus mengutuk diri sendiri.
Dengan langkah longlai, aku keluar dari kedai itu. Nak ke kedai lain? Mana ada buku macam tu, kena cari kat kedai buku besar kat pusat Bandar la jawabnya. Lama aku berdiri di koridor bangunan tu sambil memikir akan nasib esok hari. Terbayang-bayang yang esok, namaku akan dipanggil kerana tak memiliki buku tu, kemudian Si Misai akan bertanya sebab, lepas tu aku pun kena la jadi model tak bertauliah kat depan semua student dalam bilik kuliah tu. "Alamak, malunya."
"Cik Erynna Qistina."
Aku berpaling ke arah empunya suara. Dua orang wanita lewat 30 an, berdiri di depanku. Aku mengerutkan dahi. "Maaf, siapa kakak berdua ni?"
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...