Assalamualaikum ☺️
Hari ini saya nak tunjuk cara proper untuk hantar emel manuskrip kepada penerbit. Saya tak kata cara lain tak proper, cuma contoh yang saya akan beri nanti bolehlah digunakan sebagai rujukan tambahan kepada anda.
T28: EMEL PENERBIT
Suka saya beritahu anda semua bahawa lain penerbit lain cara penghantaran manuskrip kepada mereka. Itu tidak kira lagi format penulisan manuskrip mereka.
Bagi hari ini, saya akan berkongsi cara emelkan manuskrip sahaja.
1) Hubungi Penerbit
Ini adalah langkah pertama. Tidak kira melalui media sosial atau telefon/emel, tujuan menghubungi penerbit ialah untuk memperoleh info berkaitan cara penghantaran manuskrip dan genre yang diterima secara lebih jelas.
Berdasarkan pengalaman saya, mereka akan membalasnya dengan memberikan emel terkini mereka untuk tujuan penghantaran manuskrip.
Nota:
Tanya juga mereka sama ada mahu kita terus hantar manuskrip penuh atau mereka mahu sinopsis penuh terlebih dahulu.2) Tulis Emel
Setelah jawapan sama ada mereka mahu kita hantar manuskrip penuh atau sinopsis terlebih dahulu, anda sudah mula boleh tulis emel. Tulislah dengan bahasa yang sopan dan "menenangkan" hati orang yang akan membaca emel tersebut. Jauhi shortform.
2.1 Sinopsis penuh
Berikut merupakan contoh emel bagi sinopsis penuh.
2.2 Manuskrip penuh
Berikut merupakan contoh emel bagi manuskrip penuh.
(Bagi yang minta sinopsis terlebih dahulu)
(Bagi yang terus minta manuskrip penuh)
3) Sabar Menunggu dan Cekalkan Hati Terima Keputusan Penilaian
Proses penilaian memakan masa berbulan-bulan. Paling awal satu bulan, paling lama makan tahun. Biasanya antara 3 hingga 6 bulan, tapi jangan letakkan harapan tinggi melangit. Semakin besar syarikat penerbitan, semakin lama proses penilaian. Ramai orang yang hantar manuskrip.
Kita sudah berusaha sebaik mungkin. Maka, tawakallah kepada Allah agar manuskrip novel kita diluluskan. Jika lulus, alhamdulillah. Kalau tidak, bersabarlah. Usaha lagi. Baiki lagi mana yang patut.
Ya tahu, betapa kecewanya hati ini apabila manuskrip ditolak. Saya sudah merasainya beberapa kali. Tapi, itulah pengalaman yang mematangkan. Usaha lagi, lagi dan lagi. Insya-Allah berjaya.
4) Jaga Kerahsiaan Antara Penulis-Penerbit.
Diingatkan bahawa setiap perbincangan antara kita dan penerbitan adalah SULIT walaupun dalam emel. Jangan sesekali dedahkan maklumat tersebut kepada orang ramai.
--------
Baiklah, setakat itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Salah satu manuskrip saya LULUS PENILAIAN (Novel Fizikal). Alhamdulillah. Maka, rasanya tidak salah jika saya berkongsi pengalaman ini, bukan?
Ps: Novel yang lulus penilaian tu adalah salah satu novel saya dalam Wattpad. Yang genre Fantasy Adventure. Hero pertama saya. Siapa pandai tekalah yang mana satu. 🤭😂
Ps: Penerbit yang terbitkan novel saya memang tidak asing lagi dalam dunia penerbitan di Malaysia. Sebut saja, insya-Allah anda akan kenal. ☺️
Sekian. Semoga jumpa lagi.
Love,
Angel_k2026 Julai 2022
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...