T5: START UP

408 115 137
                                    

Hai gais assalamualaikum ❤️

Maaflah, lama pula sy menyepi dari update buku ni. Ya haruslah, sy bekerja jadi ada kalanya, sy terlampau penat sampaikan nak mengarang cerita pun tak boleh.

Kalau penat fizikal, selepas bangun daripada tidur biasanya sistem badan akan normal semula. Tetapi kalau penat otak, hmm habislah. Ambil masa berhari-hari juga untuk kembali normal.

Sy penat otak. Ofkos, deal dengan client yang menyesakkan dada, menstreskan jiwa. Menjadi seorang editor merangkap pembaca pruf itu sangatlah tidak mudah ya adik-adik...

Itulah sebabnya, sampai berhari-hari sy mengambil masa untuk menstabilkan semula sistem fizikal dan mental. Tak update apa-apa story. Tapi sekarang, alhamdulillah sy sudah okey.

So yeah, hi guys I'm back!

Alright panjang pula pengenalannya. Okey tajuk kita hari ini ialah:

START UP

Anda mahu menjadi penulis tetapi takut untuk berdepan dengan reaksi pembaca? Mungkin coretan ini ada jalan penyelesaiannya.

"Mcm ni kak saya nak minta akak bagi kata semangat dengan saya. Sebab saya ada niat nak tulis story pertama saya. Tapi saya rasa macam takut pula nak hadap apa reaksi pembaca nanti sebab saya ni jenis yang kuat terasa gitu hehehe." - Wattpader.

Okeylah jadi hari ini sy saja nak share buat korang semua terutamanya adik-adik yang masih baru dan cuba berjinak-jinak dengan penulisan di dunia Oren ini tentang CARA UNTUK MENGHADAPI PERASAAN TAKUT TERHADAP PEMBACA.

Sejujurnya, sy juga sangat takut dengan reaksi pembaca cerita sy. Yalah, persepsi dan pengharapan mereka itu, kita tidak dapat kawal. Tekanan tau apabila pembaca meletakkan pengharapan tinggi kepada kita.

Tapi tak apa. Kejayaan tidak datang bergolek. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Negara Rom tidak dibina dalam satu hari. Oleh itu, usaha tangga kejayaan!

Bagaimana mahu mula menulis?

1. Perlu ada idea sebelum memulakan tulisan pertama. Tak ada idea, percayalah korang semua takkan mampu menulis walaupun sepatah perkataan.

Contoh: Nak buat cerita mengenai seorang gadis yang diculik demi menyertai pertandingan Puteri Platinum peringkat antarabangsa.

2. Rangka plot ringkas daripada awal sehingga akhir.

Contoh:-

Permulaan:
Erynna pergi ke kedai buku. Tiba-tiba, buku yang diperlukannya diambil oleh seorang lelaki kacak tetapi bermulut longkang.

Perkembangan:
Erynna keluar dari kedai buku itu dengan perasaan marah. Tengah berjalan, tiba-tiba dia diculik lalu dibawa ke satu tempat. Rupa-rupanya, dia dipaksa untuk menjadi calon Puteri Platinum mewakili Malaysia.

Perumitan:
Erynna terpaksa belajar menari, memasak, memakai pakaian cantik, dan belajar semua aspek yang diperlukan untuk menjadi seorang puteri. Dia juga menghadapi tentangan dan permainan kotor daripada calon puteri dari negara lain.

Klimaks:
Ketika hari pertandingan, tentangan kepadanya bertambah hebat apabila calon putera dari Jerman memasukkan ubat tidur ke dalam minuman Putera Edzryll, iaitu calon putera dari Malaysia merangkap pasangan menari Erynna. Kejadian itu menyebabkan mereka berdua kalah dalam pertandingan kerana langkah sumbang Putera Edzryll ketika menari.

Peleraian:
Rancangan jahat pasangan putera dan puteri dari Jerman terbongkar apabila Anis, iaitu kawan baik Erynna yang bekerja sebagai detektif membongkarkan rahsia pasangan itu apabila Erynna mengadu kepadanya mengenai syaknya terhadap mereka.

3. Tulis cerita berdasarkan plot tersebut. Abaikan kesalahan tatabahasa, ejaan, pengulangan kata apa semua itu. Apa yang penting, sudahkan terlebih dahulu karangan cerita tersebut.

4. Semak ejaan, tatabahasa, tanda baca dan pengulangan kata berulang kali sehingga yakin bahawa tiada lagi kesalahan.

5. Terbitkan dan hebahkan kepada pembaca mengenai cerita yang kita tulis.

Mudah kan? 🤭

Bagaimana mahu menghadapi reaksi pembaca?

Selepas kita sudah menerbitkan cerita, pastilah kita mahukan pembaca membaca dan memberikan maklum balas mengenai cerita tersebut.

Namun, kebiasaannya pasti akan muncul perasaan takut dan berdebar akan penerimaan mereka terhadap cerita kita. Tambah-tambah lagi, kalau kita ini penulis baru. Jadi, tips ini mungkin berguna:

1. Kekal tenang dan relaks.

Ketenangan itu punca kepada sesuatu keberjayaan. Kalau gelabah, habislah! Semua benda akan tidak jadi tau.

2. Kentalkan dan cekalkan hati.

Tidak ada seorang penulis pun lahir-lahir saja dah boleh menulis cerita gempak dan power. Percayalah. Mereka sampai ke tahap itu melalui pelbagai cabaran dan dugaan serta kritikan dan kutukan. Jika mereka boleh, kenapa anda tidak?

3. Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat.

Buatlah apa pun, keberanian itu sangatlah penting. Sebagaimana anda berani menulis, maka anda juga harus berani mengambil risiko dikritik.

4. Belajar, belajar dan belajar sampai mahir.

Pembaca mahukan yang terbaik, maka kita perlu buat yang terbaik. Untuk menjadi yang terbaik, anda perlu membuat penambahbaikan terhadap mutu tulisan anda.

5. Teruskan menulis.

Biarpun dikutuk, dikondem dan dikritik, buat tak tahu sajalah dengan kata-kata buruk orang tu. Mereka ada mulut, kita ada fikiran. Cara nak tutup mulut mereka senang saja:

BUKTIKAN CERITA KITA BERJAYA!

Mudah saja kan? 🤭

Sy sudah melalui semua ini ketika mengambil keputusan untuk mula menulis. Apa saja yang sy tidak pernah dilalui? Sy masih ingat kutukan dan kritikan pembaca-pembaca tersebut sampailah sekarang.

Tapi itulah... buang yang keruh, ambil yang jernih. Tanpa pembaca, siapalah kita. Hargailah pembaca cerita kita walaupun jumlah mereka itu sedikit saja. Jadikan komen saranan, kritikan, teguran dan kutukan itu sebagai pembakar semangat tau.

Okey setakat itu sajalah coretan kali ini. Maaf lama tak update, sy selalu sibuk. Huhu.

Btw, plot cerita contoh di atas tu ialah cerpen pertama sy yang berjaya disiapkan. Sy tulis pada tahun 2010. Masa tu, memang ayat sy ke laut dalamlah 😂 Bila baca semula tu ya Rabbi, masa nak menyorok dalam almari. 🤭🙈❤️

Malu sy nak up kat Wattpad ni. Jangan minta sy up, sy segan. 🤣

Okeylah sehingga jumpa lagi di lain waktu. Bye.

Love,
Angel_k20.
❤️

15/12/2020
2.55 petang.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now