Assalamualaikum dan hai semua... Angel_k20 ada sedikit perkongsian hari ni.
SILENT READER
Buat para penulis, sedih tak bila jumlah bacaan tinggi, tapi votes kurang? Usahkan votes, komen pun macam malu-malu nak munculkan diri.
Alright kat sini, pertama sekali - usahlah bersedih. Ada orang nak baca story kita pun dah syukur alhamdulillah. Jadi, usaha kita tak ada la sia-sia.
Kita tak dapat nak kawal hati orang, tapi kita boleh kawal hati kita. Hidup ni ada 'give and take'. Maksudnya, memberi dan menerima.
Cuba kita tanya diri sendiri:
1) Kita rajin baca buku orang tak?
2) Kita rajin vote story orang tak?
3) Kita rajin spam komen di story orang tak?Guys, kebiasaan penulis akan suka orang baca story dia dan diorang akan balas balik dgn support story korang. Jadi, tunjukkan diri korang dengan vote dan komen di buku yang korang baca, insya-Allah penulis buku tu akan kenal korang. Kemudian, ajak la dia untuk baca story korang juga. Mana tau dia suka story korang, kan?
Okey seterusnya...
- Kita ramah tak dengan pembaca story kita?
Guys, kebiasaan bagi seseorang pembaca, diorang akan rasa TAK DIHARGAI jika penulis buku tu tak reply komen diorang. Majoriti pembaca macam tu. Jadi, reply la komen diorang, itu menunjukkan kita menghargai kehadiran mereka sebagai pembaca.
Oh ya, soalan saya di bawah ni mungkin akan menyakitkan hati korang:
- Korang pun jadi silent reader ke di story orang?
Guys, jika korang pun seorang silent reader, macam mana korang boleh mengharapkan orang lain untuk jadi active readers? 😅
Akhir sekali...
Cuba tengok 5 benda tu, kalau ramai juga silent reader, tetap la bersyukur. Itu menunjukkan bahawa orang suka saja baca, cuma tak nak bagi bintang atau tak tahu apa itu vote, atau tak tahu nak komen apa, atau diorang tak ada akaun Wattpad (diorang baca guna browser- jadi tak boleh vote atau komen).
Pesan saya, tetaplah melangkah. Stuck, writer block? Buatlah something yang menggembirakan. Ambil feel, berinteraksi dengan penulis-penulis lain. Hidup ni tak mudah, tapi insya-Allah akan jadi mudah jika kita memudahkannya.
Guys, kita di sini saling membantu antara satu sama lain tau.
"WE SUPPORT EACH OTHER."
Love,
Angel_k20.
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...