T19: TIPS MASA

223 41 106
                                    

Assalamualaikum dan hai guys.

Apa khabar? Kembali lagi bersama saya dalam bicarawara santai Angel_k20 Motivational Talk.

Untuk hari ini, saya berhasrat untuk menjawab persoalan daripada empat Wattpader's dan semuanya digabungkan dalam satu topik iaitu:

TIPS MASA

Untuk makluman, bicara topik kali ini bukan sekadar boleh dibaca tetapi boleh juga didengar melalui video YouTube. Anda boleh terus melangkau tulisan ini ke bahagian bawah untuk menonton video ringkasan topik yang disampaikan oleh saya. ☺️

TOPIK 1: MOOD DAN KERAJINAN MENULIS

Mood dan kerajinan memainkan peranan penting dalam menulis sesuatu karya. Karya yang ditulis tanpa mood akan berasa seperti ada sesuatu yang kurang.

Tanpanya juga, segala-galanya tidak menjadi. Nak menulis, malas. Nak membaca, pun malas juga. Nak buat apa pun, segala-galanya lemau. Jadi, macam mana nak rajin menulis?

1. Kenali Masa

Menulislah ketika keadaan sudahpun tenang. Menulis dalam keadaan stres dan malas, hasil karya anda kurang menjadi. Jika anda memaksa diri pun, tidak ke mana juga. Oleh itu, carilah masa yang khusus untuk menulis dan jauhilah perkara yang boleh mengganggu konsentrasi.

Soalan: Kak Angel, saya sangat sibuk dengan homework. Saya stres belajar tetapi dalam masa yang sama saya mahu menulis cerita. Kasihan pembaca cerita saya. Macam mana nak buat?

Jawapan: Hiatus ataupun semi haitus. Beritahu pembaca bahawa anda sedang sibuk dan tidak mungkin untuk memberikan update cerita dalam masa terdekat. Ingat, anda adalah penulis. Anda KO, maka cerita anda pun KO. Insya-Allah, pembaca akan memahami.

2. Paksa Diri

Dalam sesetengah perkara, memaksa diri merupakan satu tindakan yang tidak bagus. Namun, ia boleh menjadi senjata paling berkesan untuk melawan kemalasan. Jika anda berasa malas untuk menulis, ingatlah bahawa anda masih mempunyai pembaca yang setia menunggu update.

Soalan: Kak Angel, buku saya tiada pembaca. Tak ada orang vote dan komen pun. Jadi, buat apa saya update?

Jawapan: Sentiasalah update walaupun buku tidak dikunjungi pembaca. Jangan mudah mengalah. Buku anda bukan tidak didatangi pembaca kerana buku anda tidak bagus, tetapi orang tidak mengenali buku anda. Jadi, anda perlu mempromosikan lagi buku tersebut.

3. Ingat Kembali

Bagi sesetengah penulis, vote dan komen merupakan perkara yang boleh memberikan impak terhadap mood berkarya. Komen-komen murni, bermotivasi dan adakalanya menghiburkan daripada pembaca sudah cukup untuk membuatkan semangat menulis melonjak naik.

Soalan: Macam mana nak ingat kembali momen tersebut kalau tak ada pembaca yang komen pun?

Jawapan: Penulis biasanya menyokong antara satu sama lain. Cuba tanya diri sendiri, anda suka komen tak di buku penulis lain? Kebiasaannya, penulis lain pun akan komen juga di buku anda jika anda rajin melakukannya di buku mereka.

Baiklah, kita sudah pun mendapat mood dan kerajinan menulis. Tetapi, bagaimana pula jika kita sibuk dan mempunyai terlalu banyak kerja? Bagaimana mahu menguruskan waktu yang ada supaya tetap boleh menulis dalam kesibukan tersebut?

TOPIK 2: URUS MASA MENULIS

Sebenarnya, saya sudah memberikan tips untuk mengurus waktu pada T12: Urus Waktu. Namun begitu, di sini, saya akan memberikan tips tambahan di mana saya selalu menggunakannya ketika menghadapi kekangan masa untuk menulis iaitu:

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now