T2: AKU DOWN

695 169 187
                                    

Assalamualaikum dan hai semua. Kembali lagi pada topik tak popular hari ni oleh Angel_k20 iaitu:

AKU DOWN

Guys, pernah tak korang rasa macam ni sepanjang menulis? Saya jamin, 90% daripada korang semua pernah rasa.

Apakah faktor-faktornya?

Banyak. Seriously. Macam-macamlah. Ada sebab ibu bapa tak restu, buku tak ada orang baca, tak ada idea untuk menulis, tak ada orang support, tak ada semangat, dan lain-lain lagi.

Alright, tapi hari ni, saya bukan nak cakap pasal benda ni. Saya nak sentuh satu poin PENTING di mana disebabkan satu benda ni, kita sebagai penulis boleh HILANG SEMANGAT sampai bila-bila.

KECAMAN

Nampak tak? Bold lagi tu. Yes, kecaman.

Korang tahu la kan, kalau orang kondem kau punya cerita... mesti sedih kan? Sakit hati? Kita dah buat yang terbaik, tapi tetap juga ada orang tak puas hati dengan kita.

Agak-agak, apa kita rasa bila usaha kita dahlah tak dihargai, lepas tu dikecam berjemaah pula. Kalau kita tulis benda buruk, yalah betullah kita layak dikecam. Tapi kita tulis benda yang tak melanggar etika kemanusiaan kot. Haih.

Pengalaman saya la, masa awal-awal menulis hari tu, sy menerima kecaman hebat daripada friends di FACEBOOK. Yes, diorang expect sy ni bakal doktor yang hanya tulis kata-kata motivasi saja. Diorang langsung tak sangka kot saya tetiba pergi tulis novel, aksi pula.

"Dr, berhentilah berfantasi."- rakan A.

"Jangan lagha, Dr."- rakan B.

Dan banyak lagilah kata-kata berupa 'nasihat' kononnya, tapi memang mengundang kesakitan hati. Masa tu, macam-macam saya fikir.

- Apa, aku tak boleh tulis novel ke?
- Aku wajib tulis buku motivasi saja ke?
- Berdosa ke aku tulis novel bukan Islamik?

😢😭 Sedih tau. Dahlah yang kondem tu pun bukan calang-calang orang. Orang hebat dalam dunia akademik.

Tapi alhamdulillah, setakat hari ni, saya masih teruskan menulis kerana sokongan korang semualah. Ada rakan-rakan Wattpader's yang pujuk saya, bagi kata-kata semangat. Jangan cepat mengalah, teruskan usaha. Persetankan apa orang kata asalkan kita yang tak jadi setan 😈.

U know what I mean?

Support group sangat penting. Jadi berdasarkan apa yang jadi pada sy tu, saya belajar untuk MOVE ON daripada kecaman, buat tak tahu saja apa orang cakap buruk dekat kita (kita pasti kita di jalan yang betul), teruskan usaha, kuatkan semangat.

Well, saya tulis ni pun... saya tak tahu bila pula saya akan menerima kecaman seperti sebelumnya, atau mungkin lagi teruk dari sebelum ini. Hanya saja, tulisan ini saya akan baca balik bila masa tu kembali menyinggah (minta jauh, nauzubillahi min-zalik). Huhu.

So guys, stay strong tau. We need each other, we support each other. ❤️

Semoga kita semua lebih maju jaya di masa hadapan. 😀

Insya-Allah, Aamiin.

Love,
Angel_k20.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now