T4: INSECURE

489 130 252
                                    

Assalamualaikum dan hai gais. Buat apa tu? Hujan-hujan ni best tidur, trust me. 😂

Alright kembali lagi dalam bicarawara seorang penulis sendu Angel_k20 di mana kalau dia stress, dia akan seksa habis-habisan hero ceritanya. 🤣🤣🤣 Takut tak?

Okey la, kembali pada topik. Nampak kan tajuk di atas tu?

INSECURE

Guys, kenapa kita perlu rasa insecure sedangkan kita boleh jadi superior?

"Angel tak apalah, dah famous."

Choii! Hahhahahaaha aduh senak perut sy ketawa. Guys, sy famous tang mana? Ramai lagi orang famous di Wattpad ni tau.

Followers

Jujurnya, sy pun mula-mula macam korang juga. Sy ingat lagi masa sy buka akaun Wattpad 13/05/2020 hari tu (6 bulan lepas). Sy ni dahlah 0 follower, 0 pula bacaan buku. Semuanya ZERO.

Tapi, apa sy buat?

Apa lagi, pergi follow oranglah. Sy introvert tau di alam realiti, pemalu lagi. Cheit... hahaha. Tapi, sy cuba buang perasaan malu tu dengan menyapa, ucap 'hai' kepada Wattpaders.

Tapi tulah kan, orang baru macam sy ni, mana ada orang nak layan? Daripada 10 orang sy DM untuk minta jadi kawan, hanya 3 orang je respon. Sendu tak hidup? Ya!!!

So kat situ, sy tukar strategi. Kahkahkah. Of course la, Angel_k20 ni memang agak gila dan gerila sikit dalam cara mencari kawan. Dengan muka tak malu lagi, sy pergi follow Wattpaders lain yang sy nampak 'mesra alam'.

Mesra alam macam mana? Of course, bila tengok kat MB diorang, ada la kan Wattpaders lain yang minta followback dan diorang RESPOND permintaan tu. Pastu, ada juga Wattpaders yang letak siap-siap kat bio diorang: mention for followback.

Hahaha. So kat situ, kita follow orang, orang follow kita. Berkenalan antara satu sama lain, join group WhatsApp Wattpaders. Lepas tu, baca buku Wattpaders. Dia macam ni la, I support U, U support I.

Okey selesai bab berkenalan dengan Wattpaders. Kemudian, kita pindah kepada buku.

Buku

Fuh, yang ni sangatlah mencabar mental ya. Korang tau tak, pada mulanya, buku sy Hello, Abang Bodyguard! tu langsung tak dapat sambutan. Diulang, langsung tak popular. Ulang lagi, tak ada siapa pun nak baca, kecuali seorang dua saja.

Sedih tak? Tak.

Kenapa?

Sebab sy tahu sy sendu, tatabahasa berterabur, typo berlambak, ayat pendek-pendek semput mak membacanya nak oiii, pastu pula ayat macam budak baru belajar menulis. Jadi, siapa je nak baca? Sy rasa, korang sendiri pun tak sanggup baca 😂

Jadi, apa sy buat?

Hantar buku tu ke book review. Sy ni sejenis manusia pelik la kot, sebab sy kurang suka review yang puji melambung. Sy suka orang review buku sy dengan cara kritikan membina supaya sy SEDAR DI MANA SILAP sy dalam menulis.

First review buku sy oleh Wattpaders, memang kaw-kaw dia bagi. Dia sangat jujur dalam review buku, dia tegur di mana silap sy, apa sy perlu buat, apa yang tak perlu tulis dan lain-lain lagi.

Adakah sy sedih dikritik?

Tipulah tak sedih, tapi sy cuba bangkit. Bagi sy, pendapat pembaca itu sangat bernilai dalam membuat penambahbaikan. Tak dapat tidak, jika pembaca itu berasa buku kita tak best, ada la tu something wrong di mana-mana buku tu.

Tapi!!!

Janganlah serius sangat dengan pendapat pembaca atau reviewer tu. Buku kita ialah buku kita, kita berhak menentukan jalan cerita buku kita. Mana yang baik kita ikut, mana yang dirasakan bercanggah dengan keinginan kita, maka abaikanlah.

Melainkan... 7 per 10 orang pembaca cakap buku kita tak best, maka betullah tu ada sesuatu yang tak kena pada buku tu. Maka, bacalah semula dan semak dengan teliti di manakah silap kita. Alright?

Kemudian, langkah seterusnya ialah mengenai award.

Award

"Memang tak ada harapanlah untuk aku menang kalau author ni masuk." - luahan Wattpaders.

Guys, pernah korang rasa macam ni? Sy pernah. Jujur sy cakap. Huhu.

Jadi, apa sy buat?

Apa lagi, buat improvement la. Saya baca buku author yang selalu menang award dan bandingkan dengan buku sy. Kat situ, kita boleh NAMPAK APA SEBENARNYA yang membuatkan buku kita tersingkir awal.

Yes gais, buku Hello, Abang Bodyguard! tu pernah tersingkir awal masa sy mula-mula join award. Kecewa la juga, tapi kerana kekecewaan itulah, kita perlu bangkit.

Belajar, belajar dan belajar tanpa berputus asa. Terima kritikan orang dengan berlapang dada. Buat penambahbaikan.

Susah kan? Ya. Diakui.

TAPI:

"Negara Rom tidak dibina dalam masa satu hari."

- Usaha tangga kejayaan, gais. Kuatkan semangatmu, bulatkan tekadmu!

 Kuatkan semangatmu, bulatkan tekadmu!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nampak tak apa Professor Dr. Qarizh Zahwan cakap tu?

"Awak dah cukup bagus, cukup bijak, cukup cantik, dan cukup kuat. Percayalah dan jangan biarkan rasa tidak selamat tu mengganggu kehidupan awak." - Tiber je rasa macam bagi motivasi kat sekolah. 🤣

Okeylah rasanya dah panjang sangat ni. Kita berhenti dulu eh?

Special thanks untuk kawan2 Wattpad/followers sy yang tidak jemu-jemu support sy. Nak tag sorang2, ramai. Huhu. Sy cuma nak cakap, I love u all's 😘

Alright, mana yang baik itu semuanya daripada Allah, dan yang buruk itu daripada kelemahan diri sy sendiri.

Baibai guys. Have a nice Friday 😘

Love,
Angel_k20

"We support each other."

Ps: Ada yang rasa insecure dengan sy ke? Nak lari ah gini. 😬

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now