Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca setia buku motivasi ini.
Untuk hari ini, saya ingin menunaikan permintaan daripada Wattpader kayli_bhan _CIKDEE InfinityAuni yang meminta saya menjelaskan bagaimana caranya saya mengadun dan mengolah babak aksi di samping babak genre lain dalam satu buku.
Umum mengetahui bahawa semua genre utama novel saya adalah aksi. Namun, novel saya juga mempunyai sub genre lain di mana bukan satu, bahkan dua dan juga tiga serta ada yang empat genre digabungkan dalam satu novel iaitu:
Aksi (action), romantik (romance), thriller/misteri (thriller/mystery), dan pengembaraan (adventure).
Ada yang bertanya, kenapa saya menggabungkan terlalu banyak genre dalam satu novel? Bukan ke orang cakap, kalau gabungkan banyak genre, novel itu jadi tidak best?
Jawapan saya adalah:
Ia terpulang pada penerimaan pembaca. Ada yang suka, ada yang tak. Tapi sejujurnya bagi saya sebagai pembaca, saya lebih sukakan bahan bacaan yang menggabungkan pelbagai genre di dalamnya asalkan ia tidak 'melingkupkan' genre utama.Berbalik kepada tajuk perbincangan kita hari ini, saya ingin menyentuh topik:
BABAK AKSI
🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘
"Kalau saya nak minta tips2 untuk tulis genre action, boleh tak? Action ni kan makanan akak." – CikDee.
"Macam mana sis buat part action tu gempak sangat plus tak kaku langsung. Love part antara watak pun tak bosan langsung. Sis boleh bagi tips macam mana nak buat supaya tak kaku sangat dan how to describe the part?" – Kayli_bhan.
"Kak Angel, macam mana nak tulis babak action? Macam berlawan, gun fight, berlawan dalam shadow dll." - InfinityAuni.
🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘
Agak berat sebenarnya soalan di atas. Tetapi, sebaik mungkin saya akan mencuba untuk menjawabnya. Oleh itu, suka saya menerangkan di sini bahawa tips ini adalah 100% cara yang saya gunakan dalam menulis LAPAN novel saya iaitu:
1. Hello, Abang Bodyguard!
2. Hello, Abang Bodyguard! 2
3. Hi, Encik Professor!
4. Hey, You Mr. Vet!
5. Dia... Aariz Iktizar
6. Code Name: Ryzen
7. Fei Yang
8. Zentrical Z5 Relik T1Ini bermakna, tips ini mungkin berbeza dengan tips-tips penulis lain yang ditemui di Wattpad mahupun penulis yang sudah menerbitkan bukunya sama ada dalam bentuk bercetak ataupu e-book. Juga, tips yang diguna pakai oleh saya berkemungkinan berlainan dengan tips yang diperoleh daripada kajian di laman web.
YOU ARE READING
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK
RandomTIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel...