T22: RAJIN UPDATE

150 33 40
                                    

Assalamualaikum dan helo semua. 😊

Seperti semalam, saya masih tak okey. Jadi, saya terjah di sini lagi untuk mengelakkan momentum menulis lari begitu saja.

One down, one up (satu jatuh, satu bangkit). Itu prinsip saya dalam menulis.

Okey, saya teruskan dengan tajuk seterusnya. Tajuk ini pun sudah lama terbengkalai tidak berjawab. Saya minta maaf ya requester. My bad. 😅

 😅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAJIN UPDATE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


RAJIN UPDATE

Sebagaimana tajuk, begitulah isinya. Saya akan cuba yang terbaik untuk beri tips kepada anda semua bagaimana cara untuk rajin update story.

1) Setkan target

Nak buat apa pun, anda perlukan target. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar benda, setkan target itu sangat penting. Kenapa?

Ia mampu mengubah momentum/rasa ingin berbuat sesuatu.

Katakanlah anda ingin update 3 bab seminggu. Maka, jika anda ada target, anda akan sedaya upaya capai target tersebut tanpa gagal.

Macam mana kalau teknik ini tidak menjadi?

2) Sediakan hadiah atau denda diri anda sendiri.

Hadiah dan denda dapat memacu kerajinan anda untuk menulis. Dengan cara ini, anda akan bertegas dengan diri sendiri sekali gus dapat menolak jauh-jauh rasa malas di dalam diri.

Jika anda berjaya update 3 bab seminggu, berikan hadiah kepada diri sendiri. Sebaliknya, jika anda gagal, hukumlah diri sendiri.

Hadiah/denda itu, perlu yang macam mana?

Terpulang.

Hadiah: Berikan kepada diri anda sendiri sesuatu yang disukai.

Denda: Sekat diri anda daripada memperoleh/mendapat sesuatu yang diingini.

Macam mana kalau cara ini pun tidak menjadi?

3) Periksa apa yang tak kena dengan diri sendiri.

Banyak faktor yang membuatkan seseorang penulis gagal update story walaupun hati dan perasaan meronta-ronta ingin hadiahkan chapter terbaru kepada pembaca.

Antara faktor-faktornya ialah:
1- Banyak kerja kena buat (homework, study, kerja dll)
2- Tak sihat (mental fizikal, burnout)
3- Tak ada idea (fikir banyak kali pun tetap ilham tak datang)

Jadi, apa perlu buat?

Take a rest, dear. Macam saya buat sekarang.

Ya, tahu, ambil rehat ketika hati tengah menggila nak update, susah sebenarnya. Ia ibarat berperang dengan diri sendiri. Tapi, kalau anda tak sayangi diri sendiri, siapa lagi?

Tiga hari yang lepas, saya diserang sakit kepala dari pagi sampai ke malam. Ia berlarutan sehingga dua hari. Hari ketiga, barulah beransur reda. Jadi, apa saja saya boleh buat? Rehat sajalah mampu.

Dalam masa sakit ini jugalah, masalah datang bertimpa-timpa. Study, orang sekeliling yang toksik, macam-macamlah. Ia membuatkan saya down.

Jadi, saya rehatkan minda daripada berfikir. Stop buat semua benda. Minta maaf dengan pembaca (dalam group saya). Maklumkan siap-siap tak ada update dalam beberapa hari.

Kalau cara ini pun tak menjadi juga? Tetap tak dapat update (sebab malas)?

4) Paksa diri untuk menulis

Ini adalah cara terakhir dan ekstrim untuk dibuat. Tidak dapat tidak, anda mesti wajibkan diri tulis juga walau malas macam mana sekali pun. Tak dapat tulis banyak, tulis sikit pun jadilah. Asalkan, ada hasil tulisan.

Orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ya, inilah. Tulis sikit-sikit, lama-lama siaplah satu chapter. Ingat, jangan mengelat. Untuk kebaikan diri sendiri juga, kan?

Baiklah, rasanya itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Minta maaf kalau jawapan saya tak seperti yang diharapkan. Tapi, inilah cara yang saya gunakan sepanjang menulis di dunia oren ini bagi mengekalkan momentum update. 😊

Sekian.

Angel tengah selotape sayap.
25 Ogos 2021
2.45 petang.

ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALKWhere stories live. Discover now