📜 chapter 29 📜
_____
"Eh, macam mana kau kenal aku ni?"
Minghao tersenyum senget lalu menyandarkan badan.
"Hm, pelik. Aku rasa makhluk kat sini tak kenal aku melainkan dia pernah pergi bumi," encik katak itu merenung Minghao dengan tajam.
"Takpe lah. Apa apa pun, nama aku Kermit. Kau pula?" dia menghulurkan tangan kecilnya untuk bersalam dengan putera itu.
Walaupun sedikit hairan, Minghao tetap menyambut tangan Kermit. Apa pula sesat ada katak dalam penjara ni?
"Aku Xu Minghao, Putera Elf."
"Uu, tuan putera."
Bangga si Kermit dapat berjumpa putera elf dalam penjara.
"Kenapa katak macam kau boleh ada dekat kerajaan elf ni pula?" soalnya.
Kermit mengeluh sambil memandang atap yang buruk. Mengenang nasibnya yang tak berapa nak malang sehinggalah dia sampai ke tempat berair ini.
"Panjang ceritanya, tuan putera. Semuanya bermula ketika patik mendengar sebuah kisah, kisah putera katak." Kermit mengangkat tangan dengan dramatis sebelum memulakan ceritanya.
Entah kenapa, Minghao dapat merasakan satu aura lain macam tentang cerita si Kermit ini.
_______
Lee Chan menolak pintu kedai bunga milik kenalan penjaganya. Katanya, suruh beli bunga, tapi mesti dari kedai yang satu ini.
Haih, padahal penjaga itu yang patut menjaganya, kenapa dia pula yang disuruh macam hamba pula ni?
Ring!
Loceng yang digantung di atas pintu berbunyi. Dan seekor kucing berjalan ke arahnya.
"Meow."
Lee Chan melihat kucing itu dengan kepala yang disengetkan.
"Kalau tak silap, kucing ni dah mati dua tahun lalu.." gumannya seorang diri.
Dia merendahkan badannya lalu memerhati kucing itu dari pelbagai sudut. Dia kemudiannya tersenyum seorang diri.
"Betullah, kucing ada sembilan nyawa.."
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020