📜 chapter 10 📜
____"Mengarut!" bantah katak hodoh itu.
"Tidak, itu benar." balas Grandma Fairy.
"Habis tu, kenapa hutan ini sama seperti di kerajaan elf?"
"Itu kerana bunga bunga di sini kami ambil dari salah satu kerajaan langit. Tidak hairan mengapa ia nampak sama."
Minghao menggeleng tidak rela. Bukan hanya kerana dia tidak bermimpi, tapi lebih menyakitkan kerana memiliki tubuh dia yang hodoh macam ni.
"Uwaaa, macam mana aku nak cari Pedang Elvientz kalau tubuh aku macam ni?" dia akhirnya tak mampu buat apa apa selain menangis dan menyesal.
"Hiks, lagipun macam mana pedang tu boleh hilang.."
"Hish, ni mesti angkara dua ketul manusia tu!"
"Aku dah agak dah, dari awal diorang kata nak jual pedang tu! Tak guna punya manusia!" luah Minghao dengan geram.
Grandma Fairy yang dari tadi memerhati cuma terus mengukir senyuman.
"Tenanglah, sumpahan ini hanya berlaku selama 200 tahun. Kamu hanya perlu terus hidup sampai sumpahan ini berakhir." terang Grandma Fairy, cuba menyedapkan hati putera itu.
"Hiks, hiks. Tak boleh jadi! Aku kena berusaha dari sekarang. Aku pasti akan jumpa pedang tu kurang dari dua ratus tahun!" tiba tiba semangatnya membara bara.
"Meskipun dengan badan hina ini, akan ku harungi! Demi menjadi bakal Raja Elf yang seterusnya, huh!"
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020