༆ | 14

473 117 34
                                    

📜 chapter 14 📜_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📜 chapter 14 📜
_____




" Menurut ramalan, The Great Stone Frog akan datang ke sini dan memerintah tempat ini."

Betul ke ni? Adakah masih ada manusia yang hendak membela nasib katak hodoh seperti kami?

Aku berangan seorang diri.

Kalau macam tu, aku boleh minta tolong dia carikan pedang aku. Hiks.

"Hebat sangat ke pahlawan katak ni–" baru aku hendak bertanya, penghulu sudah memotong.

"Jangan diragukan lagi! Ketika semua manusia menganggap kita jijik, dia sahaja yang mengangkat kita. Dialah pahlawan sebenar!"

"Beliau telah membunuh Sang Belatuk Ular menggunakan pedang saktinya di depan mataku sendiri! Sungguh mudah, musuh kita selama berabad itu mati dalam sekali libasan pedangnya."

"Kita sangat beruntung kerana pahlawan ini akan datang ke sini dan menjadi raja yang sangat agung! Dengan adanya The Great Stone Frog, semua spesies katak dalam dunia ini akan hidup aman dan damai!"

Sedang aku khusyuk mendengar cerita penghulu tentang The Great Stone Frog, aku teringat sesuatu.

"Hmm, kalau tak silap aku pun ada bunuh sekor ular ni.. Ah–"

"Banyakkan lah berdoa supaya The Great Stone Frog segera datang ke sini!" laung penghulu.

Aku nak menggaru kepala tapi tak lepas.

"Sebenarnya, akulah The Great Stone Frog tu.." aku berterus terang dengan muka selamba.

Tersembur air liur penghulu tu tepat ke muka aku.


Flashback..

"Canteknya bulan.. Eh, makkau ijo ULARRR!"

Zushhh

Pedang aku ayun dengan sekali libasan.

Dan matilah ular itu sambil terjelir lidah. Aku pun menyambung nikmati suasana malam itu dengan tenang.

Tale of Frog Prince | Xu MinghaoWhere stories live. Discover now