prolog

972 162 60
                                    

2020
Seoul, South Korea

Bulu bulu lembut milik seekor kucing diusap beberapa kali. Meskipun mereka berada diatas pokok, hanya kucing itu yang boleh dilihat oleh mata manusia. Sementara dirinya, kekal menjadi makhluk seperti angin yang tidak boleh dilihat.

"Omma, ada kucing atas pokok!" teriak seorang budak.

Dia tunduk dan melihat ke bawah. Tangannya berhenti mengusap dan ingin melihat tindakan manusia itu seterusnya.

"Kucing atas pokok? Kesiannya. Biar omma telefon bomba." seorang wanita yang dijangka ibu kepada budak tersebut mengeluarkan telefon bimbit.

Jarinya laju mendail tiga nombor.

"Helo? Ini balai bomba ke? Ada kucing atas pok– Eh..?"

Namun tiba tiba sahaja kucing tadi menghilang di depan mata mereka.

"M-mana kucing tadi..?" dia tercari cari di mana kucing yang dilihatnya tadi. Mungkin ia telah jatuh? Atau mungkin..

"Omma! Tengok tu, ada benda terbang!" jerit anaknya sekali lagi sambil menunding jari ke arah langit.

Automatik wanita itu membulatkan mata kerana terkejut melihat makhluk itu secara langsung.

Dengan senyuman sinis.

"Hai. Manusia.."

Tale of Frog Prince | Xu MinghaoWhere stories live. Discover now