⸙ | 31

316 103 39
                                    

📜 chapter 31 📜_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📜 chapter 31 📜
_____


"Tapi macam mana kita nak keluar dari tempat ni?"

Minghao melihat sekeliling, mencari celah dimana boleh keluar dari tempat sesak ni.

"Jalan keluar? Patik sudah lama perhati, dekat atas tu ada lubang paip. Sebab tu kat sini berair huhu.."

Terang Kermit dramatis. Tapi ada baiknya juga paip tu bocor, dapatlah dia merasa suasana lembab seperti habitatnya di bumi. Fuh, selesa..

Minghao melihat ke atas. Betullah, dari situ air menitik rupanya. Patutlah tempat ini berair.

"Dah tu, kenapa kau tak keluar ikut paip tu?"

"Kalau patik ini tinggi, dah lama patik naik ke atas dan melarikan diri. Hiks-"

Putera itu mengangguk perlahan.

Sepertinya, dewa telah membantu mereka! Dengan adanya dirinya dan Encik Kermit di sisi–

"Eh, aku lupalah. Aku boleh teleport je untuk keluar dari sini." baru sekarang, Minghao tiba tiba teringat akan hal ini.

Kermit ternganga selepas mengharapkan jalan cerita yang penuh aksi untuk keluar dari penjara ini. Sesungguhnya harapan palsu itu benar.

"Tapi, tapi.. Patik bagaimana?" tersendu Kermit memikirkan nasibnya yang akan kembali berseorangan di sini. Tanpa cinta dan kasih sayang.

Tanpa menunggu lama, Minghao mengangkat Kermit di atas tangannya lalu meletakkannya di dalam lubang paip.

"Eh, eh–" terkejut Kermit apabila terasa dirinya terbang.

"Kermit, kau keluar ikut laluan ni. Jangan berbunyi pula, nanti bergema dalam paip tu."

Minghao tersenyum melihat Kermit. Katak itu terharu.

"Habis tu, habis tu, tuanku macam mana?" tanyanya dengan risau.

"Ah, aku? Aku kan boleh teleport."

Tale of Frog Prince | Xu MinghaoWhere stories live. Discover now