Beberapa bulan kemudian..Minghao termenung memandang bangunan istana yang diperbuat daripada batu.
Baru beberapa bulan dia menjadi raja, entah kenapa dia menjadi bosan dengan pangkatnya. Terasa seperti tiada halangan dan cabaran. Hidupnya sentiasa senang sepanjang masa.
Begitu juga dengan persekitaran di alam ini.
Tiada pokok untuk dipanjat. Nampaknya sudah menjadi kebiasaannya dia di bumi berada di atas pokok. Dan yang paling penting, tiada langit untuk ditatap kerana tempat ini sendiri berdiri di atas awan.
"Haih.." Minghao mengeluh.
Selepas adiknya mencium si Kermit, Kermit telah pun telah berubah bentuk menjadi manusia.
Tapi taklah tampan mane, cuma cukup buat tuan puteri jatuh cinta dan hidup bahagia dengan katak itu selamanya.
Hmm, tak sangka cerita mengarut dari manusia tu betul–
Tinggallah dia seorang diri di sini, memerap bagaikan jeruk di dalam balang yang menanti untuk dimakan.
Meskipun Pedang Elvientz sudah tidak di simpan di dalam stor lagi, tapi dia tetap merasakan sesuatu yang kosong. Seperti ada yang masih dia belum lakukan.
Raja itu pun termenung dan terus termenung.
_______
Dibalik cermin kata lut sinar itu, kelihatan seekor kucing sedang menatap ke luar sambil menggoyongkan ekornya.
Ke kiri ke kanan, mengikut rentak.
Setiap hari melakukan perkara yang sama, menanti sesuatu.
Hari ini juga seperti itu.
"Meoww."
Dia tanpa jemu melihat ke luar tanpa menghiraukan semua orang orang yang lalu lalang.
Siapa tahu, mungkin hari ini berbeza?
Kringg!
Loceng kedai berbunyi. Biasanya kucing itu malas untuk melihat pelanggan yang datang berkunjung, tapi kali ini ia menoleh.
Satu wajah yang dikenali melihatnya dengan senyuman tipis.
Dia berdiri di depan kucing itu sambil menyapa bunga bunga disekitarnya. Mataku kucing itu terus membulat dan bersinar.
Automatik membuatkannya berlari ke arah lelaki itu.
Akhirnya!
"Meoww."
Jun mengiung. Minghao membongkokkan tubuhnya untuk menyamai ketinggian kucing di depannya lalu menepuk nepuk kepala haiwan kecil itu.
Dia ketawa kecil. Pada masa yang sama memberikan tatapan yang redup untuk kucingnya yang bernama Jun itu.
"Mestilah aku akan kembali. Untuk kau ni si kucing.."
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020