📜 chapter 24 📜
_____
Kerajaan Elf
Derapan langkah kaki yang bergema. Bersama tangan yang memegang hujung pedang yang tersangkut kemas di pinggang.
Di tengah laluan hutan yang kosong ini, angin bertiup dingin. Dari kejauhan kedengaran bunyi dedaun kering dipijak.
"Itu! Itu dia! Putera Elf, Putera Xu Minghao!"
Tidak sampai beberapa minit, rumor itu menyebar bak kilat yang menghentam bumi.
"Putera kita sudah pulang!"
Raja Elf tergamam mendengar khabar angin itu.
"Siapa yang menyebarkan khabar angin ini?!" dia memukul penumbuknya.
"Tidak pasti dari mana asalnya, Tuanku. Ia beredar di kalangan rakyat jelata. Mereka mengatakan melihat kelibat putera berdekatan dengan hujan elf."
Raja Elf memandang ratunya dengan serius. Ratunya tidak mampu mengatakan apa apa.
"Tuanku! P-putera Elf telah datang! Putera mahu menghadap Tuanku!"
Tiba tiba seorang hamba istana datang dengan membawa berita yang lebih menggemparkan.
Raja Elf menelan air liur. Badannya terasa panas.
"Panggil dia masuk."
Setelah perintah itu dikeluarkan, pintu masuk singgahsana dibuka seluasnya. Dan terlihatlah putera berdiri menundukkan wajah bersama pedang di belakangnya.
"Putera Xu Minghao datang menghadap."
Ratu ternganga.
"P-pedang itu.."
Minghao melangkah menghampiri mereka sebelum menunduk sembah dihadapan Raja Elf. Dia mengangkat mukanya.
"Ayahanda–" ucapannya terpotong setelah melihat wajah Raja Elf.
Lidah terkelu seribu bahasa. Sedang cuba memikirkan situasi yang terjadi.
Matanya menyoroti adiknya yang berdiri di sebelah raja dengan perasaan bercampur aduk. Puteri Jieqiong, atau sekarang ialah Ratu.
"S-siapa dia..?"
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020