📜 chapter 37 📜
______Dua tahun lalu..
"Begitulah ceritanya.." puteri memandang langit sambil mengeluh. Dia baru sahaja selesai menerangkan cerita yang panjang terhadap Raja Ular.
Raja Ular pun terangguk angguk faham.
Di bumi yang luas ini, tiada cara untuk mencari abangnya itu dalam waktu yang singkat. Setidaknya, itu mengambil beberapa tahun.
"Jika kamu juga pernah menjadi seorang raja, beta harap kamu boleh menolong beta memerintah kerajaan elf." ucap Puteri Jieqiong tanpa memandang Raja Ular.
Raja Ular terdiam. Dia telah terhutang budi dengan puteri itu kerana telah memindahkannya ke dalam jasad manusia untuk terus hidup.
Begitu juga dengan mayat ini, kerana jasa puteri, ia tidak akan mereput di dalam hutan ini.
Raja Ular tersenyum. Dia bukanlah seseorang yang kejam melainkan ketika berhadapan dengan musuh. Dan bermusuh dengan bangsa elf itu tidak membawa apa apa faedah melainkan bala yang lebih buruk.
"Terima kasih kerana sudi membantu beta. Kalau tuan puteri juga tidak keberatan, maka beta sedia membantu untuk membalas budi."
Dengan tubuh manusia yang tegap ini, dia yakin akan dapat menjadi raja yang lebih hebat dari sebelumnya.
Angin bertiup dengan lembut. Terasa dingin sehingga membuatkan puteri berpeluk tubuh. Tak pernah disangka, angin di bumi sama nyamannya seperti di langit.
Puteri Jieqiong tersenyum manis sambil memandang Raja Ular di sebelahnya.
"Menjunjung perintah, Tuanku."
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020