༆ | 03

623 136 90
                                    

📜 chapter 3 📜_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📜 chapter 3 📜
_____



Akhirnya aku dapat menjejakkan kaki di atas bumi yang selalu disebut sebut dari dulu. Tangan didepakan sambil aku menikmati udara segar.

Di sini, hutan meraka sangat hijau dan dipenuhi serangga serta haiwan. Berbeza dengan hutan elf yang cuma dipenuhi bunga warna warni sahaja.

Aku memegang pedang yang telah dibawa bersama tadi. Fuh, nasib baek ada lagi natang ni. Aku menghela nafas dengan senang hati.

Tak sabar naw aku nak pergi tengok macam mana manusia hidup.

"Woi! Jangan pijak sayur tu!"

Siapa pulak duk jerit jerit ni?

Aku menoleh ke belakang. Terkejut beruk aku bila nampak ada dua orang berbadan sasa pegang sesuatu seperti senjata sedang datang kepada aku.

Inikah manusia? Mereka nampak menakutkan!

"Tepila, bahenol. Kami nak bercucuk tanam ni. Yang kau gi pijak tanaman kitaorang ni pahal?" marah manusia itu.

Tenangkan diri, Xu Minghao. Jangan lupa kau ada Pedang Elvientz.

"Yang menang hidup. Yang kalah mati." ucapku sambil menghunuskan pedang kepada mereka berdua.

Anehnya, mereka nampak kebingungan. Ah, peluang aku untuk memulakan serangan!

"Hiyarghh!" rasakanlah teknik dari bangsa elf! Kau manusia lemah berani mencabar putera seperti aku!

Aku mengayunkan pedang. Namun sempat mereka elak.

Cis, taguna!

Tak pe! Aku akan pastikan korang berdua kalah selepas serangan kedua.

Tale of Frog Prince | Xu MinghaoWhere stories live. Discover now