📜 chapter 36 📜
_____
Raja Elf tiba tiba tergamam.
Sementara Minghao baru sahaja bersemangat hendak menentang Raja Elf palsu ini berhadapan. Namun, nampaknya pandangan Raja Elf teralihkan sesuatu.
Dia melangkah dan terus melangkah. Sehingga begitu dekat dengan putera itu, dia mendekatkan muka dengan seekor katak yang sesat boleh ada di bahu sang putera.
"Kau.. Kau seekor katak! Bagaimana bangsa kau boleh sampai ke sini!" marah Raja Elf.
Minghao kebingungan. Kermit pula terpinga pinga sambil menunjuk dirinya. Dia ke yang sedang dimaksudkan?
Wah, sudahlah dikenali oleh putera. Dan sekarang raja pula! Tak sangka dia popular di alam lain ni.
Tapi nampaknya itu tak membantu. Apabila terpandang sahaja muka Raja Elf, dia terus kecut perut.
Apa salah dia?
"Telahku bersumpah untuk menelan semua katak yang ada di bumi atas nama bangsa ular. Kau katak, akanku balas dendamku kerana bangsa kau telah menghancurkan bangsa aku. Pss." ucap Raja Elf itu.
Minghao tiba tiba mengundur ke belakang setelah mendengar perkataan ular. Nanti, apa semua ni?
"Bersedialah untuk dimakan!" dengan pantas Raja Elf mengambil Kermit lalu disuapkan ke dalam mulutnya yang telah dibuka seluas luasnya.
"Tuankuu, tolong patik!" jerit Kermit.
"Apa, apa yang jadi?" Minghao bertanya kepada diri sendiri. Dia bertukar panik apabila melihat Kermit yang hendak dimakan.
Tiada masa untuk fikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Dia terus membuka pedangnya lalu berlari untuk menyerang raja.
Kermit, dia perlu selamatkan katak tu dulu!
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasiKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020