⸙ | 25

337 106 43
                                    

📜 chapter 25 📜_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📜 chapter 25 📜
_____


"Berikan salam hormat engkau! Beliau adalah raja kita, Raja Elf!"

Minghao tergamam. Lidahnya mahu berkata kata tetapi dicegah fikiran yang bercelaru. Seseorang di depannya ini, bukanlah ayahanda.

Dan lebih teruk lagi, dia adalah orang yang dia kenal. Suatu masa dahulu..

"Nak ikut dengan kitaorang tak?"

______

A-apa yang dia buat di atas takhta itu? Kenapa semuanya–

"Apa yang engkau tunggu lagi? Cepat berikan hormat!" ucap pengawal istana sekali lagi.

"Tunggu, dia adalah abang kepada ratu, kita tidak boleh berkasar kepada dia."

Tangan aku bergetar. Entah aku takut atau marah. Dari tadi kepalaku sedang giat memikirkan apa yang sedang terjadi.

Aku mencebik dan tidak tahu harus berbuat apa. Dengan jelingan mata aku dapat melihat Raja Elf tersenyum sinis.

"Apa kau buat di sini?"

Adinda Jieqiong memberikan isyarat supaya aku senyap. Tapi mengapa aku perlu berdiam diri dalam situasi seperti ini?

"Adinda, mengapa dia di sini? Di mana ayahanda? Apa yang sedang terjadi?" bertalu talu aku mengajukan soalan dengan lantang.

Adat atau kehormatan, itu sudah tidak penting. Aku perlu tahu siapa yang mentadbir kerajaan.

"Berhenti. Putera Minghao. Sila ikut kami." tiba tiba aku ditahan oleh beberapa pengawal istana.

Mereka menggari tanganku dan menyeret aku keluar.

Aku yang kebingungan sempat menoleh ke belakang. Bersama soalan tanpa jawapan tadi, terus bermain dalam fikiranku.

Tale of Frog Prince | Xu MinghaoWhere stories live. Discover now