📜 chapter 38 📜
______
Pedangnya laju menghunus tubuh sang raja seperti panahan kilat. Terus membuatkan raja itu melepaskan katak yang telah dipegangnya. Darah terpercik mengenai wajah putera elf.
Mereka bertentangan mata.
"Siapa sebenarnya kau?" soal Minghao.
Raja itu mengetap bibir yang dipenuhi darah. Tangannya memegang Pedang Elvientz, cuba untuk menariknya keluar kembali.
"Beta ialah.. Sang Penguasa Paling Berbisa, Raja Ular!" laung Raja Ular dengan lantang.
Pada masa yang sama, Ratu Jieqiong yang baru tiba kebingungan melihat situasi di situ.
"Apa yang telah terjadi??" soalnya namun tidak dijawab sesiapa.
Deruan nafasnya kedengaran tidak sekata. Dalam amarah melihat katak, kali ini Raja Ular cuba bertanya kembali kepada orang di depannya.
"Siapa kau?!"
Minghao tersenyum senget.
"Beta ialah The Great Stone Frog, bakal raja elf yang baru, Xu Minghao!" serentak dengan itu, dia menarik pedangnya dan Raja Ular pun tumbang.
Kermit ternganga. Apakah yang baru dia dengar. Orang yang bersamanya selama ini ialah–
"Tuanku!" jerit pengawal pengawal istana yang melihat kejadian itu. Namun mereka tidak berani bertindak kerana yang menyerang raja itu ialah Putera Elf yang berketurunan asli daripada raja sebelumnya.
"Apa yang engkau lakukan di kerajaan elf ini?" soal putera.
"Beta mahu membalas budi tuan puteri.." jawab Raja Ular lemah.
"Sekarang, kau akan aku bunuh." Minghao mengangkat pedangnya ke udara untuk menusuk Raja Ular.
"The Great Stone Frog, aku selalu dikalahkan olehmu. Bahkan dengan kuasa dan tubuhku sekarang ini pun, aku tetap terkalahkan.."
Anak mata Raja Ular melirik kepada Minghao dengan lemah.
"Dendam bangsaku terhadap katak masih berjalan. Aku bersumpah, kami akan–"
Tanpa menghabiskan kata kata terakhirnya, Putera Elf terus menusuk perutnya.
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasiKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020