༆ | 13

411 110 22
                                    

📜 chapter 13 📜_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📜 chapter 13 📜
_____

"Saya ialah penghulu di sini. Anda pasti seorang musafir, bukan? Anda sangat beruntung kerana datang ke tempat yang tepat! Mari kami kenalkan tempat ini. Ikut saya."

Penghulu tempat ini? Hmm, bunyi macam bagus. Sebagus apa tempat ni?

Aku mengikut katak yang mengaku dirinya sebagai penghulu itu.

"Ini adalah tasik utama. Tasik ini adalah segala galanya bagi komuniti katak seperti kita."

Kami melintasi sebuah tasik yang sangat cantik. Dapat dilihat beberapa ekor katak sedang bersantai di sekitarnya.

Kami menyambung perjalanan.

"Ini pula rumah tempurung. Bak kata pepatah, katak di bawah tempurung. Meskipun begitu, tempurung ini sebenarnya digunakan untuk berlindung dari hujan." terang penghulu dengan panjang lebar.

Tapi mata aku meliar ke tempat lain. Sampailah aku terpandang satu batu di hujung sana. Aku pun melompat.

"Eh, eh jangan pergi sana!" jerit penghulu dari jauh.

Ah malangnya aku sudah di sini. Aku mendongak melihat batu yang besar itu. Almaklumlah, katak mana ade leher nyah.

"Waaa.." aku tiba tiba kagum.

"Ini adalah wujud The Great Stone Frog yang kami reka. Ianya baru dibangunkan sebulan lepas. The Great Stone Frog telah membunuh musuh utama kami iaitu Sang Belatuk Ular. Kami sangat berterima kasih padanya dan mengangkatnya sebagai pahlawan kami yang agung!"

Aku mengerlipkan mata berkali kali.

"Jangan duduk diam sahaja! Berikan tunduk hormat!" arah penghulu.

Aku pun menunduk walaupun sedikit terpaksa.

Ketika itu, satu tiupan angin menyapaku. Dan angin itu datangnya dari batu misteri itu. Aku sempat mendongak dan melihat batu itu sekali lagi.

Tale of Frog Prince | Xu MinghaoWhere stories live. Discover now