📜 chapter 22 📜
_____
Satu hembusan angin kuat membuatkan loceng yang digantung di pintu itu berbunyi.
Kringg!
Namun, wanita yang sibuk membungkus jambakan bunga di kaunter tidak mempedulikan bunyi itu. Begitu juga tiga orang cucunya yang sibuk menyiram tanaman dengan air.
Kedai masih belum dibuka, mustahil ada manusia yang boleh masuk dengan pintu tertutup.
Mungkin itu hanyalah tiupan angin.
"Meow."
Grandma Fairy berhenti menarik selotip. Bunyi kucing itu muncul dengan satu aura yang kuat. Namun itu bukanlah yang kali pertama.
"Haih, Grandma Fairy. Masih sama seperti dulu?"
Grandma Fairy mengangkat muka dengan serius. Benarlah, itu geranan makhluk yang disangka.
Sudah dua tahun sejak kali terakhir dia ke sini.
Minghao membuka langkah dengan perlahan mendekati bunga yang berbau harum di sebelahnya. Lalu bunga itu dikucup lembut.
Sedangkan kucingnya, hanya duduk memerhati segenap ruangan kedai.
"Grandma, apa jadi?" teriak seorang remaja dari ruang sebelah.
Tiga orang cucunya datang menjenguk.
"Siapa dia?" tanya Hansol.
"Entah mana aku tahu." jawab Seokmin.
"Shhh!" Jihoon pula menyuruh mereka berdua senyap sambil melihat situasi tersebut.
"Ada apa kau datang ke sini?" soal Granma Fairy.
Minghao mengambil kucingnya lalu melihat Grandma Fairy. Dia tersenyum sinis.
"Eh, macam aku kenal kucing oren tu."
"Senyaplah, Jihoon. Kau mana pernah nampak kucing macam tu."
"Tch–"
Minghao menghela nafas.
"Tiga bunga itu mungkin sudah lupakan kucing ni, tapi aku mahu minta tolong sesuatu." ucap Minghao. Dia mengalihkan pandangannya kepada tiga remaja itu.
"Tolong jagakan kucing ini.."
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020