📜 chapter 35 📜
_____"Tuankuu!"
Suara katak yang kuat itu membuat Minghao menoleh dengan pantas.
Lah, ingatkan tertangkap. Rupanya itu hanyalah si Kermit yang teruja berjumpa dengannya kembali.
Hidup lagi rupanya katak ni.
Terus Minghao meletakkan jarinya di bibir. Sebagai tanda untuk kekal senyap.
"Sshh!"
Tapi tula, sebagai katak, Kermit tak dapat meletakkan jarinya di bibir kerana tangan yang pendek. Dia cuma mampu mengangguk sambil mengunci mulut celuparnya dengan rapat.
Setelah mengambil pedang itu, putera tersebut melangkah perlahan lahan ke arah pintu. Dia mengintai sekejap di sebalik pintu untuk melihat keadaan.
"Okey, aju nice!" nampaknya keadaan memihak mereka. Tiada pengawal yang sedang menjaga di kawasan itu.
Kermit pun terus melompat ke atas bahu Minghao.
"Jom kita pergi Kermit. Aku ada cadangan."
________Puf!
Berkat kuasa teleport aku, aku dan Kermit muncul di depan pintu masuk ruang utama. Sekarang ini, raja pasti sedang bersantai berada di sini.
"Berhenti! Siapa kau?"
Dari arah belakang, seseorang meneriaki kami. Aku membalikkan badan. Sedikit sahaja lagi, pedang yang diarahkan ke wajahku itu mungkin akan mencederakan aku atau Kermit.
Ceh. Aku mencebik. Pedang di pinggang sudahku genggam. Bersedia untuk memulakan serangan.
Takpe, yang ni aku boleh uruskan-
"Tak mengapa, biarkan dia."
Tiba tiba satu suara mengarahkan pengawal itu berhenti. Pedangnya terus dijatuhkan.
Aku mengangkat wajah lalu tersenyum sinis.
Dialah itu. Raja Elf yang palsu.
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020