⸙ | 39

295 92 27
                                    

📜 chapter 39 📜_______

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📜 chapter 39 📜
_______



Nafasnya berderu kencang. Fikirannya kosong. Tangannya hanya bertindak mengikut suara hatinya.

Semua orang yang melihat kejadian itu tergamam.

Setelah tubuh itu tidak bergerak lagi, Minghao menarik pedangnya sehingga terpisah dari tubuh itu. Darah yang tersisa di pipinya dikesat menggunakan tangan.

Tiba tiba satu jiwa keluar dari tubuh itu lalu diserap ke dalam Pedang Elvientz.

"Kakanda!" teriak Ratu Jieqiong. Minghao berpaling.

Dengan pantas gadis itu memeluk abangnya.

"Terima kasih." ucap ratu lalu melepaskan pelukan.

"Ular itu telah lama membuat kerosakan dalam kerajaan kita. Semua wilayah kerajaan ini dimusnahkan untuk keperluan peribadinya."

"Dia juga telah mengarah dan memaksa semua penduduk untuk patut kepadanya, bekerja sepanjang waktu tanpa rehat. Sesiapa yang ingkar serta merta akan dihukum mati."

Minghao terdiam. Peluh menitik di dahinya.

"Adinda telah lama menahan diri dan menutup mulut. Akhirnya kakanda kembali dan mengalahkan dia." ucap ratu dengan penuh kesyukuran.

Akhirnya, Minghao mengukir sebuah senyuman. Senyuman tulus bersama kelegaan.

Dia melihat semua orang orang yang melihatnya. Mereka juga tidak pernah berani melawan Raja Ular selama ini.

Kerana itulah mereka sentiasa di pihak raja..

"Beta.." dia seperti ingin mengatakan sesuatu, tetapi tidak ada yang dapat mengambarkan perasaannya kala ini.

Hanya senyuman kecilnya yang menjelaskan segalanya.

Ratu Jieqiong memegang tangan putera itu lalu diangkat di hadapan semua saksi di situ.

"Mari kita raikan, raja baru kita, Raja Elf yang sebenar, Xu Minghao!"

Tale of Frog Prince | Xu MinghaoWhere stories live. Discover now