📜 chapter 26 📜
_____"Pada tahun 1800, Putera Xu Minghao, bersalah kerana menghilangkan pedang berharga, Pedang Elvientz. Dihukum oleh Raja Elf ke-3 selama 200 tahun dengan menjadi makhluk yang menjijikan. Selepas 200 tahun, ia tidak kembali selama 20 tahun meskipun telah diburu pengawal istana."
"Dalam kurun masa 20 tahun itu, Raja Elf ke-3 berada dalam keadaan nazak dan akhirnya meninggal dunia. Kerajaan Elf telah menjadi tidak terkawal selama beberapa tahun sehinggalah datangnya Raja Elf yang baru."
"Putera Xu Minghao, dihukum penjara seumur hidup kerana tidak kembali dan mengabaikan kewajibannya memerintah kerajaan."
Minghao menunduk mendengar pengumuman itu. Dalam diam dia menghela nafas dengan berat.
Meskipun dia mempunyai alasan sendiri, tapi dia sedar akan kesalahan itu.
"Sekarang berikan Pedang Elvientz kepada Raja Elf yang baru."
Minghao membulatkan mata mendengar arahan pengawal istana itu. Dia menahan pedangnya dari ditarik walaupun tangannya digari.
"Dia tak berhak memiliki pedang ini!" teriak Minghao dengan lantang.
Pengawal istana itu tidak memperdulikan ucapannya. Pedangnya yang terikat kemas dipinggang terus ditarik.
"Kau yang tidak layak! Pedang ini patut dimiliki oleh seorang raja."
Putera itu mencebik. Dalam hatinya menahan marah yang membara.
Mereka tidak tahu siapa raja mereka sekarang.
Dia kembali ke kerajaan dengan hati terbuka, mengapa kini dia dilayan seperti ini?
Tiada cara untuk melarikan diri. Tapi adakah dia sanggup membiarkan semua ini terjadi?
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasiaKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020