📜 chapter 33 📜
_____"Hmm, kat mana eh diorang sorokkan?" bisik Minghao seorang diri.
Harapnya otaknya boleh segera berfungsi dengan baik sebelum kehilangan dia disedari oleh pengawal istana di penjara.
"Ha, mungkin kat situ!" akhirnya otak Minghao memberikan tindak balas yang berguna. Dia bersorak untuk diri sendiri dalam hati.
Kakinya mula melangkah perlahan. Sambil itu, matanya memerhati kawasan sekeliling. Takut takut dirinya yang nampak mencurigakan itu dilihat oleh sesiapa.
Dalam beberapa minit meredah perjalanan yang penuh mencabar, akhirnya dia berada di pintu masuk tempat yang dimaksudkan.
Minghao menolak daun pintu itu dengan perlahan lantas masuk ke dalamnya seperti seekor katak.
"Okey.. Sekarang, mana benda tu?" gumannya. Tangan digosok. Dia menoleh ke sana ke mari sambil tangannya sibuk meraba barang barang di dalam bilik itu.
"Hah, ini dia! Aku dah agak dah! Tak guna dia minta pedang ni kat aku. Akhirnya letak dalam stor juga hshshhs."
Putera itu mengambil pedang lagenda bangsa elf, Elvientz, yang tersimpan elok dalam sebuah kotak besar di dalam stor.
Tak sangka, niat dia untuk curi pedang ni betul betul terjadi selepas 200 tahun. Orang kerajaan ni pun bodoh, simpan pedang ni dalam stor buat apa.
Dengan pedang ini, bolehlah dia selesaikan semua perkara ini dengan cepat.
Ketika sibuk bersyukur dalam stor itu, Minghao tiba tiba teringat sesuatu.
"Eh, haah lah. Kermit tu macam mana eh? Entah entah dah mati katak.."
Dia meletakkan jari di dagu sambil menggeleng geleng kepala.
"Apa apa pun, aku kena fikirkan rancangan seterusnya."
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020