📜 chapter 34 📜
_____
"Aku kena lompat diam diam ni. Habislah kalau mahkluk alam ni tersedar."
Di tempat lain, Kermit yang baru saja keluar dari lubang paip melompat tanpa arah tuju. Baru sekarang dia nak ingat pesanan sang putera.
Lupa pula dia nak minta tolong putera elf itu untuk hantar dia ke bumi balik huhu.
Merepatlah si Kermit di alam elf ini selagi dia tak jumpa jalan pulang.
"Eh, haah lah. Kermit tu macam mana eh? Entah entah dah mati katak.."
Kedengaran satu suara yang menyeru namanya. Kermit menoleh ke sebuah bilik kecil yang pintunya terbuka.
"Macamku kenal suara yang tampan itu." ucap Kermit. Dia pun melompat masuk ke tempat itu.
"Apa apa pun, aku kena fikirkan rancangan seterusnya."
Mata Kermit bersinar. Suara itu, wajah tampan itu, dan tubuh yang tinggi itu. Tidak salah lagi, itulah dia!
"Tuankuu!"
______Dua tahun lalu..
Raja ular memandang langit yang terang. Rasa haus memeritkan tekaknya.
Mungkin inilah akhirnya. Dia akan mati..
"Eh..?"
Hmm, suara siapa pula ni? Raja ular membuka mata.
"Siapa kamu ini?" seorang wanita cantik melihatnya dengan mata risau.
"Beta.. Beta ialah Raja Ular." jawab Raja ular.
Suasana hening seketika. Raja ular pun tidak dapat berbuat apa apa. Dia kekurangan tenaga kerana haus.
"Raja Ular? Beta ialah puteri dari Kerajaan Elf, Puteri Jieqiong. Beta datang ke bumi untuk mencari kakanda beta yang hilang."
Raja ular mengangguk perlahan.
Dapat dirasakan Puteri Jieqiong melihatnya dengan penuh belas kasihan.
Puteri Jieqiong tersenyum.
"Mahukah beta menolong kamu?"
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantastikKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020