📜 chapter 11 📜
_____
Dari tadi, Grandma Fairy tercari cari ke sana dan sini. Aktiviti menyiram pokok tanaman tergendala seketika tatkala menyedari kehilangan sesuatu sejak pagi semalam. Dia pun memanggil cucu cicit bunga sakti kesayangan.
"Seokmin, kemana perginya sang katak hijau di sini?"
Seokmin dengan muka polosnya mengangkat bahu dan terus pergi bermain semula dengan rakan baharunya, si cucu harimau.
Grandma Fairy mengeluh kecil sambil mencekak pinggang.
______Nafasnya termegah megah. Penat melompat untuk bergerak. Susah naw jadi katak ni.
Putera itu berhenti sejenak. Dia memandang langit. Teringat keluarga tercinta yang hidup bahagia tanpanya sedangkan dia sedang merana di sini terlompat lompat.
"Huh, peduli apa?! Aku akan hidup sendiri mulai sekarang." ucapnya dengan angkuh dan kembali melompat.
Dia tidak akan meminta wanita pari pari itu membantunya. Ingat tubuh katak dia tu lemah ke sampai nak kena tolong.
Dalam penatnya dia melompat, perasaan kesal timbul.
"Ni semua salah manusia tu! Argh, dasar! Sepatutnya aku tak mudah percayakan mereka."
Mulai sekarang dia akan terus membenci manusia, kini dan selamanya.
Namun semua amarahnya cuma tersimpan. Nasi sudah menjadi bubur. Pedang Elvientz sudah hilang dan dia telah menjadi katak.
Begitulah tragisnya kisah hidup putera elf itu. Dia terus melompat dan melompat.
Lompat si katak lompat.
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasiKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020