📜 chapter 21 📜
_____Tahun 2020
Minghao menyambut dedaun kering yang gugur. Musim luruh baru saja tiba, tapi entah kenapa dia tidak dapat berehat dengan tenang seperti biasa.
Mungkin kerana dia teringatkan masa lalu.
Selepas dua ratus tahun dia menjadi putera di perkampungan katak, sumpahan Raja Elf telah pun hilang dan memaksa dia bertukar ke bentuk asal. Dia pun mendapatkan kekuatan magik turun temurun dari keturunan elf berkat itu.
Sejak itu, kawasan tasik di perkampungan katak telah dimusnahkan oleh manusia untuk dijadikan tempat perlancongan. Membuat dia makin bencikan manusia.
Tapi disebabkan hal itu juga, katak katak itu menyampaikan rasa terima kasih mereka yang tak terhingga.
20 tahun lalu, pengawal istana dari Kerajaan Elf datang ke bumi untuk mencarinya. Daripada malu pulang tanpa pedang, dia bersembunyi di atas pokok.
Haihh, rupanya selama ini Pedang Elvientz ada di tangan Guardian Angels..
Dia ketawa seorang diri.
Sekarang pedang tu dah ada, jadi apa lagi yang dia tunggu di bumi ini?
"Meoww." bunyi kucing menghentikan lamunan panjang Minghao di atas pokok.
Automatik dia melihat ke bawah, tak lain itu pastinya si kucing oren Jun yang sibuk mencarinya.
Minghao melompat turun dari pokok itu lalu mengangkat Jun. Dia bersandar pula di pokok sambil Jun berada di ribanya.
"Yelah, kalau aku kembali ke kerajaan, siapa nak jaga kau." ucap Minghao sambil membelai Jun.
"Meoww." Jun membalas dengan anggukan.
Cahaya terik matahari muncul dari celah celah daun pokok. Minghao mengeluh.
"Haihh.."
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasyKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020