📜 chapter 12 📜
_____
Setelah berhari lamanya aku melompat, hujan ku redah, air ku selam. Hari ini, aku berhenti di sebuah tasik kecil yang udaranya cukup nyaman.
"Cantiknya nyah. Kat mana aku sekarang ni?" aku bercakap seorang diri.
Yelah, mana aku tau peta bumi tempat aku pijak ni kat mane. Kasihanilah aku.
Tidak! Aku boleh buat semuanya seorang diri. Tidak perlu memberi simpati anda.
Aku melompat menuju ke tasik itu. Semakin lama semakin kelihatan kawasan tasik yang indah dengan flora yang menghijau.
Selain itu, terdapat juga benda hijau yang lain. Melompat lompat di persisiran tasik.
"Hmm, macam pernah nampak benda hijau tu.. Eh-"
Percakapan aku terhenti ketika aku tersedar gerangan makhluk tersebut. Jumlahnya sangat banyak seperti sebuah perkampungan yang besar.
Apekah..
Tiba tiba, seekor dari mereka datang menghampiriku.
"Selamat datang ke Tasik Keladi dimana katak katak hidup makmur sebagai satu keluarga. Siapa nama kamu?" tanyanya dengan mesra.
Mulut lebarku tidak dapat berkata kata kerana terkejut dengan apa yang baru aku nampak.
"Err-"
Baru sahaja aku mahu membuka mulut, dia memotong percakapanku.
"Jangan segan silu, silalah masuk dan biasakan diri dengan tempat ini." pelawanya sambil membuka jalan kepadaku.
Serentak dengan itu, semua katak katak di situ berhenti melakukan kegiatan masing masing dan berbaris di kiri dan kanan seperti menyambutku.
"Selamat datang."
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasiKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020