📜 chapter 40 📜
_____Minghao mengambil Pedang Elvientz. Rasanya agak berlainan ketika memegang pedang itu lagi kali ini.
"Pedang itu baru sahaja menyerap roh sang raja ular."
Jadi begitu. Dia mengangguk. Rupanya masih banyak yang dia tidak tahu tentang pedang lagenda ini.
Dalam sibuk membelek kembali pedangnya, anak mata Minghao teralihkan kepada mayat manusia yang ditumpangi oleh roh Raja Ular tadi.
Dia mendekatinya sambil tersenyum tipis.
"Jikalau kau mengenali aku, bermakna kaulah yang membuat aku dalam semua kekacauan ini." ucapnya seperti berkata seorang diri.
"Dia mati dua tahun lalu.." jawapan dari adiknya membuat dia termenung jauh. Kemudian tertawa kecil.
"Baiklah! Aku akan anggap begitu.."
Minghao mengeluh kecil. Benar, mustahil itu adalah orang yang sama setelah beratus tahun.
Dia mungkin patut berhenti mempercayai bahawa manusia boleh berenkarnasi.
Tanpa disedari semua, di bawah lantai terduduklah seekor Kermit yang sedang memikirkan adakah semua ini mimpi atau realiti.
"Apakah semua ini..? Tuanku yang bersamaku selama ini sebenarnya ialah–"
Kermit menjerit. Memikirnya sahaja membuatnya gila.
Tiba tiba seorang gadis datang kepadanya. Dia membongkokkan badan.
"Adakah kamu yang menolong kakanda beta untuk menyelamatkan kerajaan?" ratu, atau sekarang telah kembali menjadi Puteri Jieqiong bertanya sambil tersenyum tulus.
Si Kermit yang sentiasa noob itu terus blushing selepas melihat senyuman manis dari tuan puteri.
"Hiks, ya.."
"Terima kasih."
Tanpa disangka, Puteri Jieqiong mengangkat tubuhnya lalu ia dikucup di depan semua orang yang melihat.
YOU ARE READING
Tale of Frog Prince | Xu Minghao
FantasiaKalau kita cium katak nanti dia akan bertukar jadi putera yang tampan? popcorncoups©2020