01 | JIRAN

1.1K 193 144
                                    

"Huarghhh... bosannya!" kata seorang remaja perempuan. Dia sedang berbaring di atas katil dan bergolek-golek beberapa kali sambil matanya terpejam.

"Apa aku nak buat ni... tak ada apa yang boleh dibuat sekarang," katanya lagi. Dia melihat jam dinding yang tergantung di biliknya sekilas. Pukul 5.10 petang. Baik dia keluar ambil angin.

Remaja perempuan itu mencapai tudung Hajra berwarna hitam lalu memakainya. Dia keluar dari bilik dan terus turun ke bawah.

"Umi, Naura keluar kejap ye. Nak ambil angin. Naura bosan duduk dalam rumah ni," katanya.

"Ya lah Naura. Jangan balik lewat sangat. Bahaya," balas Puan Sakeena yang sedang menyiapkan makan malam untuk mereka sekeluarga.

"Baik, umi."

Segera langkah kakinya diatur menuju ke pintu rumah bertekstur kayu. Sandal berwarna hijau lumut  dicapai di dalam rak kasut lalu disarungkan ke kakinya. Kawasan sekelilingnya dilihat sekilas pandang sebelum matanya tertancap pada kawasan rumah sebelah rumahnya. 

Kelihatan beberapa lelaki sedang gigih mengangkut barang keluar daripada lori untuk dibawa masuk ke dalam rumah tersebut. Naura menjengketkan kakinya sedikit. Mahu melihat dengan lebih teliti aktiviti yang dilakukan oleh lelaki-lelaki itu. Maklumlah dia ini pendek orangnya walaupun bakal mencecah umur 17 tahun. 

Seketika kemudian, dia ternampak dua orang wanita keluar dari rumah tersebut. Seorang nampak seperti agak tua. Berkemungkinan seorang nenek. Seorang lagi agak tua juga tapi kelihatan masih muda dan anggun. Wanita tersebut sedang mendukung seorang kanak-kanak lelaki. Usianya dalam lingkungan 3 tahun. Rambut kanak-kanak lelaki itu hitam pekat dan disisir rapi. Pipinya yang gebu dan putih itu menambahkan lagi kecomelannya.

Tatkala Naura sedang terpukau dengan kecomelan kanak-kanak itu, tanpa dia sedari seorang remaja lelaki baru sahaja keluar daripada sebuah kereta berwarna hitam. Remaja lelaki tersebut memakai hoodie berwarna hitam bersama topi di kepalanya. Wajahnya tidak kelihatan kerana dia hanya menunduk ke bawah. Langkah kaki pantas diatur masuk ke dalam rumahnya.  

Naura berlalu masuk ke rumah untuk memaklumkan kepada uminya tentang kehadiran jiran baru di sebelah rumah mereka.

"Umi, ada jiran baru sebelah rumah kita."

"Iya kah? Sekejap umi pakai tudung," balas Puan Sakeena.

"Ok, umi."

Naura dan Puan Sakeena kemudian keluar dari rumah lalu menuju rumah sebelah.

"Assalamualaikum, baru pindah sini ke?" tanya Puan Sakeena kepada seorang wanita yang agak sebaya dengannya.

"Waalaikumussalam. Ya, kami baru pindah sini. Selamat berkenalan. Panggil saja saya Qairah," katanya.

"Baiklah, panggil saya Sakeena ye," balas Puan Sakeena. Dia bersalaman dengan Puan Qairah. Naura mengikut umi bersalam dengan Puan Qairah.

"Comelnya budak ni. Nama apa ye?" tanya Puan Sakeena sambil tangannya mencubit pipi kanak-kanak lelaki itu dengan perlahan.

"Ni anak bongsu saya. Namanya Tareef Al-Haqim. Umur dia 3 tahun," balas Puan Qairah dengan senyuman.

"Cantik nama dia," balas Puan Sakeena. Kanak-kanak itu tergelak kecil apabila Puan Sakeena mencubit pipinya.

Kemudian datang seorang wanita yang agak berumur dalam 60-an. Dia berdiri di sebelah Puan Qairah.

"Yang di sebelah saya ni ibu saya, panggil je Nek Imah."

"Assalamualaikum Nek Imah. Saya Sakeena, jiran sebelah."

"Waalaikumussalam. Oh, jiran sebelah rupanya. Ni sebelah kamu ni anak ya?"

"Ya Nek, anak saya, Naura Humaira. Panggil Naura sahaja nek."

Naura kemudian menyalam Nek Imah selepas umi bersalam dengan Nek Imah.

"Umur Naura berapa ya?" tanya Puan Qairah.

"Umur Naura 16 tahun. Minggu depan masuk sekolah baru 17 tahun," balas Naura sambil tersenyum.

"Ohh..samalah dengan anak sulung lelaki umi dalam rumah itu, nak masuk 17 tahun. Naura boleh panggil aunty, umi Qairah. Tak payah lah aunty-aunty ni. Susah. Panggil umi senang. 

"Baik, umi Qairah," balas Naura.

Umi, Puan Qairah dan Nek Imah pun bersembang. Naura hanya mendengar sahaja sambil bermain dengan adik Tareef. Tergelak-gelak dia sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih itu. Comelnya!

Masa berlalu dengan pantas. Akhirnya Puan Sakeena dan Naura ingin pulang ke rumah memandangkan waktu maghrib hampir tiba.

"Qairah, Nek Imah, kami berdua balik dulu ye. Dah lewat ni," kata Puan Sakeena. Dia dan Naura bersedia untuk pulang. 

"Baiklah. Nanti ada masa datang lah lagi ya," kata Puan Qairah. Kami semua bersalaman.

Puan Sakeena dan Naura kemudian masuk ke kawasan rumah. Naura terus menuju ke biliknya untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat maghrib. 

****

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now