22 | SIASAT 1

368 79 218
                                    

Suasana waktu pagi di dalam kelas 5 Ibnu Sina hingar-bingar dengan suara pelajar lelaki bergabung dengan suara pelajar perempuan. Memandangkan pagi ini semua guru mempunyai mesyuarat, mereka semua bebas melakukan hal sendiri.

Di suatu sudut kelas, empat orang pelajar perempuan sedang duduk menghadap antara mereka. Wardah sedang bercerita dengan bersemangat sambil Naura, Aima dan Nafeesa mendengarnya dengan teliti. Namun fikiran Naura melayang teringatkan kejadian kelmarin.

"Naura."

"Naura."

"Naura Humaira."

Tersentak kecil Naura dibuatnya apabila Wardah memanggil namanya sambil mengetuk meja beberapa kali. Kepala dipalingkan melihat wajah putih milik Wardah. Jauh betul dia termenung sehingga tidak mendengar panggilan Wardah.

"Ya, ada apa Wardah?"

"Anti okey ke tak ni?"

Naura mengangguk. Dia okey sahaja.

"Betul ke anti okey? ana tengok anti termenung tadi," sampuk Aima pula. Sedari tadi dia melihat perlakuan Naura yang sedang termenung jauh.

"Ana ada benda nak bincang ni."

"Apa dia tu Naura?" soal Wardah.

Wardah, Aima dan Nafeesa mula memberikan tumpuan pada Naura. Menunggu kata yang akan dimuntahkan daripada mulut Naura.

Naura menghembus nafas perlahan sebelum dia memberitahu apa yang dia fikirkan kepada rakan-rakannya.

"Semalam Wajdi pengsan dalam bilik stor sukan. Ana dan Nafeesa jumpa dia."

Aima dan Wardah terkedu. Nafeesa pula tenang dengan riak kosong yang dipamerkan memandangkan dia sudah tahu akan hal itu. Melihat reaksi yang dipamerkan Aima dan Wardah, Naura menyambung katanya.

Naura menceritakan semua yang berlaku kelmarin daripada waktu dia dan Nafeesa mencari Wajdi sehinggalah dia dan Wafiq menghantar Wajdi ke rumah. Tiada satu pun yang tidak diceritakan kepada sahabatnya.

Sebenarnya boleh sahaja dia memberitahu di dalam Whatsapp group mereka tetapi dia lebih selesa menceritakan secara berdepan. Lagipun dia jarang menggunakan telefon bimbitnya itu. Baru beberapa hari lepas dia membeli telefon bimbit baharu.

"Patutlah Wajdi tak hadir sekolah. Wildan sahaja yang hadir," ujar Wardah. Sedari tadi dia melihat tempat duduk Wajdi yang kosong. Fikirnya Wajdi datang lewat tetapi Wildan datang awal pula. Rupanya Wajdi memang tidak hadir.

****

Di sudut lain, kelihatan empat orang pengawas sekolah sedang membuat bulatan. Siapa lagi kalau bukan Wildan, Zulfan, Haidar dan Shaqil. Wajah masing-masing tampak serius. Wildan berdehem sebelum dia melontarkan kata-kata.

"Kita ada kes besar," ujar Wildan dengan wajah yang serius. Jarang boleh lihat wajah serius Wildan. Selalunya senyuman manis berserta lesung pipit yang dalam menghiasi pandangan.

"Kes apa?" soal Haidar. Tiba-tiba ada kes. Fikir mereka ini sekumpulan polis?

"Ops Buru."

"Buru apa? Buru rusa?" balas Shaqil polos. Tangan naik menggaru dahi yang tidak gatal.

"Anta ni. Sepolos-polos ana, polos lagi anta. Aduhai," Wildan membalas. Kalau nak dibandingkan, perangai dia dan Shaqil serupa. Persis kebudak-budakkan. Namun perangainya lebih matang sedikit berbanding Shaqil.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now