14 | TUMPANG

316 112 79
                                    

Pejam celik pejam celik, sudah hampir setahun mereka semua menuntut ilmu di Munawwarah Highschool. Tidak sangka begitu cepat masa berlalu.

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan mereka sebelum cuti sekolah pertengahan tahun bermula. Jalinan persahabatan yang terikat antara mereka semua semakin erat. Naura dan rakan-rakan juga sudah semakin selesa berkawan dengan Wajdi, Wildan, Shaqil, Haidar dan Zulfan.

Wildan pula, semakin lama semakin suka mengusik. Lagi-lagi Naura yang sering menjadi mangsa usikannya. Ada sahaja perkara mahu mengusik Naura. Pernah suatu hari, Wildan membawa lipas yang sudah mati kemudian dia meletakkannya di dalam laci meja Naura.

Menjerit Naura setelah terpegang lipas yang telah mati itu. Geli! Sudah tahu siapa punya kerja, terus Naura memukul Wildan menggunakan penyapu kelas. Rasakan kau, Wildan!

Wildan apa lagi, makin Naura marah, makin banyak dia mengusik Naura. Katanya seronok, macam usik along!

Lain pula hubungan Naura dengan Wajdi. Kadang kala sahaja mereka bercakap bersama. Itu pun tanya sepatah, balas sepatah. Pasrah Naura melayan sikap Wajdi yang sangat pendiam itu.

Naura merebahkan badannya ke katil. Letih badannya masih bersisa. Hari ini semua pelajar perlu membersihkan kelas masing-masing memandangkan hari ini ialah hari terakhir persekolahan.

Setelah beberapa minit merehatkan badan, Naura bingkas bangun lalu menuju ke bilik air. Solat asar perlu dilaksanakan sebelum waktu asar habis. Seletih mana pun dia, solat lima waktu wajib dilaksanakan.

أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيْلِ وَقُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Maksudnya :
Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

****

Wajdi baru sahaja selesai menunaikan solat asar. Dia melipat sejadah yang digunakan sebentar tadi. Lantas dia berjalan menuju ke meja kecil bersebelahan dengan meja belajar tempat dia meletakkan segala keperluan hariannya.

Cermin yang tergantung di meja kecil dilihatnya. Bahagian bibirnya yang pecah ditilik. Darah pekat yang baru sahaja dicuci sebentar tadi mula mengalir semula. Tisu diambil untuk mengesat darah daripada terus mengalir. Mukanya yang putih mula kelihatan lebam pada bahagian pipi dan dagu. Kesan tumbukan Khairul.

Setiap hari, pasti lelaki itu akan menumbuknya selepas mereka bertemu dibelakang sekolah dahulu. Tidak puas dengan menumbuk, pasti dia akan disepak oleh Khairul. Sungguh dia penat.

Hanya Wildan sahaja yang mengetahui tentang hal ini. Zulfan, Haidar dan Shaqil tidak tahu yang dia dibelasah teruk oleh Khairul. Cukuplah adiknya seorang sahaja yang risaukan tentangnya. Dia tidak mahu orang lain bersimpati padanya.

Sebelum pulang dari sekolah, pasti dia akan cuba menutup segala kesan lebam dan luka pada badannya daripada dilihat umi. Risau jika uminya tahu tentang kejadian yang berlaku di sekolah. Jika umi tahu, pasti dia tidak dibenarkan ke sekolah lagi.

Pernah juga umi bertanya kepadanya mengapa mukanya kelihatan seperti lebam. Dia hanya mendiamkan diri. Mujur sahaja Wildan membantunya menjawab soalan maut daripada umi.

Wajdi bergerak ke katilnya. Badan ditundukkan untuk melihat bahagian bawah katil. Tangan mencapai sebuah kotak kecil berwarna kuning. Dia membuka kotak tersebut. Ubat gamat dan kapas kecil diambil.

W A J D I - [  وجدي  ] [ OG ]Where stories live. Discover now